Skip to main content

Kewangan

StanChart bakal pindahkan sebahagian pelanggan kad kredit & pinjaman peribadi kepada Trust Bank

Anggaran Waktu Membaca:
StanChart bakal pindahkan sebahagian pelanggan kad kredit & pinjaman peribadi kepada Trust Bank

(Gambar fail: Standard Chartered)

Diterbitkan : 31 Jul 2026 06:27PM
SINGAPURA: Standard Chartered bakal memindahkan sebahagian pelanggan kad kredit dan pinjaman peribadinya kepada Trust Bank bermula September ini, menurut kedua-dua bank itu dalam satu kenyataan akhbar bersama pada Jumaat (31 Julai).

Langkah tersebut tidak akan menjejaskan produk perbankan Standard Chartered yang lain seperti akaun simpanan, produk pelaburan (kekayaan), dan polisi insurans.

Trust Bank merupakan sebuah bank digital anak syarikat yang dimiliki bersama oleh Standard Chartered dengan FairPrice Group.
"Trust akan terus memperluas platform perbankan digital serta tawaran perbankan harian mereka, manakala Standard Chartered akan terus melabur dalam keupayaan yang membantu jumlah pelanggan meningkat, mengurus, dan melindungi kekayaan mereka," kata bank-bank tersebut dalam kenyataan akhbar itu.

Sebagai maklum balas kepada pertanyaan daripada Mediacorp, jurucakap Standard Chartered berkata bahawa pelanggan yang akaun mereka bakal dipindahkan ke Trust Bank akan dihubungi secara langsung untuk maklumat lanjut mengenai maksud pemindahan itu bagi mereka serta langkah seterusnya yang perlu diambil.

Bank berkenaan enggan mendedahkan saiz portfolio yang akan dipindahkan, namun menyatakan bahawa kad dan pinjaman kekal sebagai sebahagian daripada penawaran produk runcit Standard Chartered yang lebih luas.

"Pelaburan ini menyokong peluasan rakan kongsi strategik antara Standard Chartered dengan Trust Bank. Dengan memanfaatkan kekuatan saling melengkapi daripada kedua-dua pertubuhan, kami berhasrat untuk memenuhi keperluan pelanggan dengan lebih baik di pelbagai peringkat perjalanan kewangan mereka," kata jurucakap itu.

Jurucakap itu turut menambah bahawa tiada sebarang pemberhentian pekerja yang akan berlaku berikutan pemindahan tersebut.

Standard Chartered dan Trust menyatakan mereka akan bekerjasama bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar untuk para pelanggan, serta akan mengemas kini perkembangan terkini kepada pelanggan dari semasa ke semasa.
Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita