Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

ST Engineering ubah suai pesawat penumpang jadi pesawat kargo di tengah pandemik COVID-19

Syarikat aeroangkasa, ST Engineering, sedang mempercepatkan rancangan untuk mengubahsuai lebih banyak pesawat penumpang menjadi pesawat kargo.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 08 Sep 2020 06:12PM Dikemas Kini : 08 Sep 2020 09:05PM

SINGAPURA: Syarikat aeroangkasa, ST Engineering, sedang mempercepatkan rancangan untuk mengubahsuai lebih banyak pesawat penumpang menjadi pesawat kargo.

Ini sedang syarikat-syarikat penerbangan berdepan dengan jumlah penumpang yang semakin merosot kerana pandemik COVID-19.

ST Engineering baru sahaja mengirimkan pesawat Airbus A321 yang diubah suai - iaitu yang pertama seumpamanya di dunia.

Pesawat jenis A321 itu dijangka menjadi tunggak industri penerbangan kargo dalam tahun-tahun akan datang.

ST Engineering mengambil masa tiga bulan untuk menyiapkan pesawat Airbus A321 yang berupaya membawa kargo 90,000 kilogram.

Bagi syarikat-syarikat penerbangan yang menghadapi masa-masa sukar, industri pesawat kargo memberikan mereka sinar harapan.

Para pemerhati industri berkata buat masa ini, terdapat sekitar 2,000 pesawat kargo yang masih lagi beroperasi.

Dengan permintaan bagi barangan seperti keperluan perubatan terus bertambah di merata dunia akibat COVID-19, nampaknya jumlah pesawat kargo masih tidak mencukupi.

Untuk itu, ST Engineering meningkatkan daya pengeluarannya dari sembilan kepada 25 pesawat A321 setiap tahun menjelang tahun 2023 - iaitu setahun lebih awal daripada jadual.

Dari mula dilakukan hanya di Singapura dan Eropah, kemudahan-kemudahan ST Engineering di Amerika Syarikat dan China juga turut disertakan. 

Sumber : CNA/UR/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan