Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

ST Engineering, DSO National Laboratories hasilkan teknologi analisis data guna imej satelit

Cabang elektronik syarikat ST Engineering memeterai perjanjian dengan DSO National Laboratories bagi memanfaatkan kepakaran satu sama lain dalam perusahaan angkasa lepas.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Feb 2019 11:13PM Dikemas Kini : 15 Feb 2019 01:17AM

SINGAPURA: Cabang elektronik syarikat ST Engineering memeterai perjanjian dengan DSO National Laboratories bagi memanfaatkan kepakaran satu sama lain dalam perusahaan angkasa lepas.

Kedua-dua pihak memeterai perjanjian siang tadi, semasa Konvensyen Teknologi dan Angkasa Lepas Sejagat, anjuran Presatuan Teknologi dan Angkasa Lepas Singapura.

Satelit-satelit ST Engineering kini boleh menawarkan analisis data berdasarkan imej satelit. Ini termasuk maklumat tentang keselamatan dan perkembangan projek untuk perusahaan maritim, binaan dan pertanian.

Teknologi tersebut adalah hasil kerjasama antara ST Engineering dengan DSO National Laboratories.

Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Chan Chun Sing, yang menyaksikan pemeteraian perjanjian ini berkata ia akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Beliau menambah, perusahaan angkasa lepas di Singapura berkembang tahun demi tahun. Setakat Jun 2018, perusahaan angkasa lepas Singapura menggajikan 1,000 pekerja dari 30 buah syarikat dan mempunyai tujuh satelit yang beroperasi. 

Sumber : CNA/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan