Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Spic and Span contoh syarikat berjaya buat penyesuaian di tengah-tengah gangguan ekonomi

Salah sebuah syarikat yang berjaya membuat penyesuaian di tengah-tengah gangguan ekonomi adalah syarikat pembersihan Spic and Span.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 May 2018 08:12PM Dikemas Kini : 28 May 2018 09:07PM

SINGAPURA: Salah sebuah syarikat yang berjaya membuat penyesuaian di tengah-tengah gangguan ekonomi adalah syarikat pembersihan Spic and Span.

Ia disebut sebagai satu contoh bagaimana industri pembersihan dapat memikirkan dan mencipta semula di samping mengubah suai industri pembersihan.

Dengan kebanyakan pekerjanya sudah berusia, syarikat itu ingin meluaskan peluang pekerjaan pekerja matang dan kurang upaya.

Namun ia berdepan cabaran seperti banyak pejabat yang mempunyai tingkap berkaca dan sukar untuk dibersihkan.

Maka itu syarikat tersebut memperolehi robot pembersih tingkap kawalan jauh menjadikan tugas itu lebih mudah untuk para pekerjanya.

Peralatan yang lebih senyap juga bermakna para pekerjanya boleh menjalankan tugas pembersihan pada waktu pejabat tanpa menimbulkan gangguan.

Sebagai sebuah perniagaan, Spic and Span menunjukkan bagaimana perubahan minda dan cara pekerjaan boleh menjadi pembawa perubahan.

"Saya akan gunakan kepakaran saya untuk mengubah cara mereka melakukan kerja, cara mereka mengatur jadual. Memang berbeza kalau dibandingkan kerana saya biasa kerja di lain-lain tempat, yang besar-besar, macam ION Orchard.

"Klien lain, situasi lain, jadi kami perlu penuhi jangkaan mereka yang berbeza. Oleh itu cara bekerja berubah," kata Penyelia Pembersihan di Spic and Span, Mohamed Raizat. 

Sumber : CNA/EM/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan