Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

SPF siasat pemberi pinjaman kripto Hodlnaut kerana disyaki lakukan penipuan

Anggaran Waktu Membaca:
SPF siasat pemberi pinjaman kripto Hodlnaut kerana disyaki lakukan penipuan

Mata wang kripto. (Gambar: AFP/Justin Tallis)

SINGAPURA: Polis sedang menyiasat pemberi pinjaman kripto yang berpangkalan di Singapura, Hodlnaut, dan pengarah syarikat itu kerana disyaki melakukan penipuan.

Antara Ogos dengan November tahun ini, polis menerima beberapa laporan yang mendakwa bahwa Hodlnaut atau pengarahnya membuat pernyataan palsu berhubung dengan pendedahan syarikat itu kepada token digital tertentu.

Jabatan Hal Ehwal Komersil (CAD) melancarkan siasatan ke atas pemberi pinjaman kripto itu bagi kesalahan yang disyaki.

"Jika anda sudah membuat deposit token digital dengan Hodlnaut dan percaya bahawa anda mungkin diperdaya melalui pernyataan palsu Hodlnaut, anda boleh membuat laporan polis di Pusat Polis Kejiranan terdekat, atau secara online," menurut SPF.

"Untuk membantu kami meneliti aduan anda, mohon diberikan dokumen yang berkaitan dengan urus niaga anda dengan Hodlnaut. Dokumen tersebut termasuk rekod pembayaran yang dibuat kepada dan diterima daripada Hodlnaut serta dokumen yang berkaitan dengan Hodlnaut."
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan