Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

SPC buka stesen minyak pertama di Myanmar

Singapore Petroleum Company (SPC) membuka stesen minyaknya yang pertama di Myanmar hari ini (30 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
SPC buka stesen minyak pertama di Myanmar

SPC membuka stesen minyak pertama di Myanmar pada 30 Mac 2019. (Gambar: Singapore Petroleum Company)

Diterbitkan : 30 Mar 2019 08:21AM Dikemas Kini : 30 Mar 2019 08:24AM

YANGON: Singapore Petroleum Company (SPC) membuka stesen minyaknya yang pertama di Myanmar hari ini (30 Mac).

Usaha sama antara SPC dengan Shwe Taung Energy itu menandakan kali pertama SPC menembusi pasaran tenaga runcit Myanmar. Shwe Taung Energy mengendalikan pusat-pusat pengedaran gasolin dan diesel di merata negara itu.

"Para pelanggan diberi jaminan akan mendapat pengalaman mengisi minyak yang lebih baik di stesen-stesen SPC di Myanmar," menurut syarikat itu dalam kenyataan medianya. "Mereka akan menikmati mutu minyak premium yang sama yang dihasilkan oleh SPC, yang diimport secara langsung dari loji penapisannya di Singapura."

Menurut SPC, stesen-stesen berkenaan "direka dengan memberi lebih banyak keutamaan kepada aspek keselamatan" dengan menampilkan ciri-ciri seperti seragam antistatik bagi para kakitangan serta menyediakan laluan pejalan kaki khas.

SPC merancang untuk membuat lebih banyak pelaburan dalam sektor tenaga runcit Myanmar, serta menyediakan peluang-peluang pekerjaan di negara itu.

"Kami menyaksikan peluang pertumbuhan dalam pasaran runcit minyak dan gas di Myanmar. Para pelanggan juga kini lebih arif dan canggih, dengan permintaan bagi produk-produk dan khidmat yang bermutu tinggi semakin meningkat," kata pengarah urusan SPC, Xia Hongwei.

"Sebagai jenama tempatan yang terkenal, kami komited untuk mengembangkan jenama SPC di Myanmar. Kami berikrar akan memberikan kemudahan yang sama serta menyediakan produk dan khidmat premium kepada Myanmar," tambah Encik Xia.

Pengarah Shwe Taung Energy, U Win Htay, pula berkata: "Dengan menggabungkan pengalaman runcit SPC di Singapura dan pengetahuan tempatan Shwe Taung, kami komited untuk memenuhi permintaan para pelanggan Myanmar bagi bekalan tenaga dengan cara yang mampan dari segi alam sekitar dan sosial."

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan