Sony pindahkan ibu pejabat UK untuk elak gangguan Brexit
Sony akan memindahkan ibu pejabatnya dari Britain ke Belanda bagi mengelak isu-isu kastam berkaitkan Brexit tetapi operasi syarikat di UK sekarang tidak akan berubah, menurut seorang jurucakap syarikat pada Rabu (23 Jan).

(Gambar fail: Kim Kyung-Hoon/Reuters)
TOKYO: Sony akan memindahkan ibu pejabatnya dari Britain ke Belanda bagi mengelak isu-isu kastam berkaitkan Brexit tetapi operasi syarikat di UK sekarang tidak akan berubah, menurut seorang jurucakap syarikat pada Rabu (23 Jan).
Langkah penempatan semula syarikat itu dijalankan bagi mengelak prosedur-prosedur rumit berkaitan urusan kastam, setelah Britain meninggalkan Kesatuan Eropah.
Dalam masa yang sama - syarikat gergasi elektronik Jepun itu mendaftarkan sebuah syarikat baru di Belanda dan merancang untuk menyepadukan ibu pejabat Eropah di Britain ke dalam syarikat baru itu.
Tahun lalu, syarikat pesaingnya Panasonic memindahkan ibu pejabatnya dari Britain ke Belanda atas kebimbangan serupa.
Langkah tersebut akan menjadikan firma itu "sebuah syarikat berpangkalan di Kesatuan Eropah", supaya prosedur kastam blok tersebut akan dilaksanakan bagi operasi Sony di Eropah selepas Britain melepaskan keanggotaannya, kata jurucakap syarikat, Takashi Iida.
Bagaimanapun, Sony tidak akan memindahkan kakitangan dan operasi dari syarikat sedia ada UK ke Belanda, dan "satu-satunya perubahan yang akan dilakukan adalah perubahan lokasi terdaftar syarikat itu," menurutnya lagi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.