Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Sokongan kepada institusi kajian perlu dipertingkat untuk raih manfaat penuh inovasi: Heng Swee Keat

Singapura perlu mempertingkat sokongan kepada institusi-institusi kajian bagi memanfaatkan sepenuhnya hasil inovasi, kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat sambil menambah para penyelidik boleh bekerjasama dengan syarikat-syarikat untuk memasarkan produk mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Nov 2021 05:21PM Dikemas Kini : 30 Nov 2021 09:48PM

SINGAPURA: Singapura perlu mempertingkat sokongan kepada institusi-institusi kajian bagi memanfaatkan sepenuhnya hasil inovasi.

Berucap di Persidangan Saintifik A*STAR hari ini (30 Nov), Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata para penyelidik boleh bekerjasama dengan syarikat-syarikat untuk memasarkan produk mereka.

Ini akan merancakkan usaha menebarkan sayap ke pasaran-pasaran luar negara.

DPM Heng berkata pembangunan produk baru mesti digandingkan dengan strategi perniagaan untuk meluaskan lagi pemasaran hasil inovasi.

Menurut beliau pendekatan Singapura adalah untuk melabur dalam penyelidikan asas yang kemudian mendatangkan kesan dalam dunia nyata.

Lantaran itu, syarikat-syarikat boleh bekerjasama dengan institut-institut kajian, institusi jagaan kesihatan dan sektor awam.

DPM Heng merujuk kepada syarikat-syarikat pemula serta perusahaan kecil dan sederhana (SME) dalam bidang bioteknologi yang bekerjasama dengan institut penyelidikan seperti A*STAR untuk menembusi pasaran-pasaran di luar Singapura.

Sumber : CNA/ZM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan