Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

SME dengan rekod keselamatan lebih baik jadi pilihan dapat kontrak sektor swasta

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 11 Sep 2024 05:53PM Dikemas Kini : 11 Sep 2024 09:17PM
SINGAPURA: Syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) yang mempunyai rekod keselamatan lebih baik, akan menjadi pilihan untuk mendapatkan kontrak sektor swasta di negara ini.

Bagi tujuan itu Majlis Keselamatan dan Kesihatan Di Tempat Kerja (WSH) telah bekerjasama dengan syarikat-syarikat besar dalam pelbagai sektor seperti pengilangan, binaan dan pengangkutan di bawah Program Pembela WSH.

18 syarikat utama pembeli perkhidmatan yang mempunyai rangkaian bekalan yang luas telah menyertai program itu.

Pengerusi Majlis Keselamatan dan Kesihatan Di Tempat Kerja, Abu Bakar Mohd Nor berkata pihaknya berharap syarikat-syarikat besar akan menjadi inspirasi kepada SME.

"Pertama sekali saya ingin ucapkan terima kasih kepada syarikat-syarikat besar yang tampil untuk menjadi duta keselamatan dan juga kesihatan di tempat kerja, di mana sebagai duta dapat memberi sokongan kepada syarikat-syarikat yang memerlukan," kata beliau.

"Ketika cakap tentang keselamatan di tempat kerja dan juga kesihatan, satu perkara mustahak adalah semua pekerja akan tampil ke depan," tambahnya.
Sumber : CNA/MU/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan