Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Skim sementara tawar pelan harga tetap elektrik kepada syarikat S'pura pada Jan 2022

Syarikat-syarikat perusahaan yang  besar akan menerima pelan elektrik harga tetap selama sebulan pada Januari 2022 di bawah satu skim sementara yang baru bagi membantu mereka mendapatkan kontrak di tengah-tengah "turun naik harga yang tidak pernah berlaku" dalam pasaran elektrik sebelum ini.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 13 Dec 2021 10:29PM Dikemas Kini : 14 Dec 2021 12:18AM

SINGAPURA: Syarikat-syarikat perusahaan yang besar akan menerima pelan elektrik harga tetap selama sebulan pada Januari 2022 di bawah satu skim sementara yang baru bagi membantu mereka mendapatkan kontrak di tengah-tengah "turun naik harga yang tidak pernah berlaku" dalam pasaran elektrik sebelum ini.

Skim ini diumumkan oleh Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) pada Isnin (13 Disember) selepas harga gas global meningkat ke "paras rekod" sepanjang berberapa bulan kebelakangan ini disebabkan oleh permintaan yang tidak dijangka dan gangguan pada bekalan.

EMA turut menarik perhatian sebahagian besar
pengguna tidak terjejas dengan turun naik harga dalam pasaran borong elektrik kerana para pengguna dikenakan pelan harga standard atau kadar tarif terkawal.

Hanya satu peratus pengguna atau sekitar 11,000 akaun, dengan kebanyakannya adalah akaun syarikat - terdedah kepada turun naik harga ini kerana mereka membeli terus dari pasar borong.

Tetapi terdapat maklum balas bahawa beberapa perniagaan besar menghadapi masalah untuk memperbaharui atau mendapatkan kontrak baru
terutama sekali dalam masa tiga bulan akan datang.

"Naik turun harga gas dan elektrik serta risiko berlaku gangguan pada paip gas asli telah menghadkan keupayaan peruncit untuk menawarkan kontrak harga tetap.

Bagi menanganinya, Skim Sokongan Kontrak Elektrik Sementara (TRECS) membolehkan syarikat-syarikat penjana elektrik atau 'gencos' untuk memanfaatkan kemudahan bahan api siap sedia Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) untuk menjana kuasa elektrik dan mengurangkan risiko berlaku gangguan.

Tiga peruncit yang mengambil bahagian dalam TRECS adalah Geneco (boleh Seraya Energy), Sembcorp Power dan Senoko Energy Supply. Secara kolektif, mereka menawarkan kapasiti tenaga sekitar 300 megawatt bagi skim tersebut.

Untuk melayakkan diri, para pengguna besar ditakrifkan sebagai mereka yang mempunyai purata penggunaan bulanan sekurang-kurangnya 4 megawatt sejam.

Menurut EMA lagi, ia tidak diwajibkan untuk mengambil bahagian dalam skim ini tetapi para pengguna besar seharusnya "terus mendampingi para peruncit untuk mendapatkan aturan harga alternatif yang paling memenuhi keperluan mereka".

Tempoh mendaftar adalah dari 15 sehingga pukul 3.00 petang pada 27 Disember. EMA merancang untuk memperluaskan skim tersebut jika terdapat permintaan dalam masa beberapa bulan akan datang.  

Sumber : CNA/FA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan