Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

SingTel catat untung bersih S$1.17 bilion pada separuh pertama 2022, melonjak 23%

Anggaran Waktu Membaca:
SingTel catat untung bersih S$1.17 bilion pada separuh pertama 2022, melonjak 23%

(Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 10 Nov 2022 08:39AM Dikemas Kini : 10 Nov 2022 08:39AM
SINGAPURA: Syarikat telekomunikasi (Singtel) pada Khamis (10 Nov) mencatatkan lonjakan 23 peratus dalam keuntungan bersih separuh pertama tahun ini.

Ia disebabkan pemulihan kukuh dalam syarikat milik sebahagiannya, Bharti Airtel, serta keuntungan luar biasa daripada separa penjualan saham syarikat itu dalam Airtel.

Firma telekomunikasi terbesar di Asia Tenggara pada hujung Ogos itu mengumumkan penjualan 3.3 peratus saham dalam Airtel kepada Bharti Telecom di India. Ini menyebabkan keuntungan bersih daripada penjualan sebanyak S$1.01 bilion (AS$720.25 juta).

Meskipun sedang tekanan inflasi, firma telekomunikasi lazimnya menunjukkan permintaan tinggi bagi perkhidmatan seperti penggilan dan data dengan model langganan memastikan aliran stabil pendapatan.

SingTel yang sedang melalui penetapan semula strategik menyatakan keuntungan bersih bagi setengah tahun yang berakhir pada 30 September ialah S$1.17 bilion, berbanding S$954 juta pada tahun sebelumnya.

Mengulas mengenai pendapatan kukuh syarikat itu, Ketua Eksekutif Singtel, Yuen Kuan Moon berkata, "ini disebabkan prestasi baik Airtel di India ketika ia meluaskan ARPU melalui penggunaan dan kenaikan tarif yang lebih tinggi."
Sumber : Agensi berita/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa