Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Singtel beli 16.3% taruhan dalam bank Indonesia bernilai S$48 juta

Anggaran Waktu Membaca:
Singtel beli 16.3% taruhan dalam bank Indonesia bernilai S$48 juta

(Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 21 Jan 2022 02:07PM Dikemas Kini : 21 Jan 2022 02:07PM

SINGAPURA: Syarikat telekomunikasi Singtel telah membeli 16.3 peratus taruhan dalam PT Bank Fama International bernilai 500 bilion rupiah (S$48 juta) dalam usahanya meneroka peluang perbankan di Indonesia, lapor Reuters.

Demikian diumumkan pengendali telekomunikasi terbesar di Asia Tenggara itu pada Jumaat (21 Jan).

Singtel menyatakan anak syarikat milik penuh telko itu, Singtel Alpha, memperoleh 2.4 bilion saham baru yang ditawarkan bank Indonesia tersebut, yang majoritinya dimiliki oleh unit konglomerat Elang Mahkota Teknologi Tbk.

Singtel, telah berusaha untuk mengembangkan sayapnya di luar perniagaan telko tradisional, dan mempunyai usaha sama perbankan digital di Singapura dengan Grab Holdings Ltd. Usaha sama itu juga telah memohon lesen perbankan digital di Malaysia.

Grab, syarikat khidmat sewa kereta privet  dan penghantaran makanan terbesar di rantau ini, juga merupakan pelabur dalam Fama, menurut Singtel.

"Pelaburan terbaru dalam perbankan digital ini adalah konsisten dengan strategi Singtel untuk mengharungi trend pertumbuhan digital untuk membangunkan perniagaan baru yang mampan di seluruh Asia.

Ini terutamanya dalam pasaran di mana Kumpulan Singtel mempunyai kehadiran kukuh," kata Singtel dalam kenyataannya.

Sumber : Reuters/SU/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa