Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Singtel, 6 syarikat telkom meterai perjanjian kerjasama dalam bidang sukan elektronik

Singtel akan bekerjasama dengan enam lagi syarikat telkom rantau ini bagi meluaskan ekosistem permainan dan sukan elektronik di Asia Tenggara, Australia dan India. Ini termasuk menambah usaha pembikinan dan penerbitan kandungan e-sukan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Oct 2018 07:56PM Dikemas Kini : 07 Oct 2018 09:08PM

SINGAPURA: Singtel akan bekerjasama dengan enam lagi syarikat telkom rantau ini bagi meluaskan ekosistem permainan dan sukan elektronik di Asia Tenggara, Australia dan India. Ini termasuk menambah usaha pembikinan dan penerbitan kandungan e-sukan.

Golongan millennial antara sasaran Singtel dalam usahanya untuk menembusi pasaran e-sukan yang semakin berkembang.

Dalam usaha membangunkan lagi ekosistem permainan dan e-sukan di rantau ini, Singtel dan enam lagi syarikat telkom memeterai satu perjanjian kerjasama hari ini (7 Okt).

Syarikat Konsultan Newzoo menganggarkan industri itu dapat meraih AS$1.4 bilion (S$1.94 bilion) menjelang 2020.

Sukan Asia 2022 yang akan diadakan di China juga akan menyaksikan acara e-sukan yang dipertandingkan buat kali pertama.

Lantaran itu, Singtel ingin meluaskan sokongannya kepada industri tersebut. Ini termasuk merancang lebih banyak kejohanan e-sukan setiap tahun.

Sumber : CNA/RU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan