SingPost rugi S$75.1 juta pada suku keempat
SingPost mencatat kerugian bersih sebanyak S$75.1 juta dalam suku keempat, menurut kenyataan kewangan dikeluarkan oleh penyedia khidmat pos itu pada Selasa (7 Mei).

(Gambar: Francine Lim)
SINGAPURA: SingPost mencatat kerugian bersih sebanyak S$75.1 juta dalam suku keempat, menurut kenyataan kewangan dikeluarkan oleh penyedia khidmat pos itu pada Selasa (7 Mei). Ini berbanding keuntungan bersih sebanyak S$31.8 juta yang dicatatnya setahun yang lalu
Keputusan kewangan SingPost untuk tiga bulan yang berakhir pada 31 Mac itu mencerminkan penurunan nilai untuk dua anak syarikat e-dagang Amerika Syarikat yang mengalami kerugian.
Keuntungan bersih merosot sebanyak 86 peratus kepada S$19 juta berbanding S$135.5 juta setahun lalu. Punca utamanya disebabkan oleh penurunan nilai S$98.7 juta untuk perniagaan Amerika Syarikat, menurut SingPost.
Pendapatan syarikat pada suku keempat merosot sebanyak 2.1 peratus kepada S$374.1 juta berbanding suku sama pada tahun kewangan sebelumnya.
Sementara itu, pendapatan SingPost meningkat 2.9 peratus kepada S$1.56 bilion pada tahun kewangan lalu, didorong oleh pertumbuhan segmen penghantaran surat dan bungkusan serta hartanah. Pendapatan segmen penghantaran pos dan bungkusan naik 4.1 peratus didorong oleh pertumbuhan penghantaran antarabangsa.
Hasil segmen hartanah naik 13.5 peratus dengan keuntungan dari aktiviti operasi meningkat sebanyak 29.8 peratus, sebahagian besarnya disebabkan oleh pendapatan sewa dari pusat beli-belah SingPost Center.
Dividen akhir sebanyak S$0.20 setiap unit saham dicadangkan oleh lembaga pengarah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.