Skip to main content

Kewangan

Singapura, UK capai persetujuan dagangan digital

Singapura dan United Kingdom telah mencapai persetujuan secara prinsip mengenai perjanjian perdagangan digital dua pihak. Menteri bertanggungjawab bagi Perhubungan Perdagangan, S Iswaran mengumumkan demikian dalam satu catatan Facebook pada Khamis (9 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Singapura, UK capai persetujuan dagangan digital

(Gambar: Facebook/S Iswaran)

Diterbitkan : 10 Dec 2021 09:25AM Dikemas Kini : 10 Dec 2021 09:28AM

SINGAPURA: Singapura dan United Kingdom telah mencapai persetujuan secara prinsip mengenai perjanjian perdagangan digital dua pihak.

Menteri bertanggungjawab bagi Perhubungan Perdagangan, S Iswaran mengumumkan demikian dalam satu catatan Facebook pada Khamis (9 Dis).

Encik Iswaran telah mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Negara UK bagi Perdagangan Antarabangsa , Cik Anne-Marie Trevelyan di London.

Menurutnya Perjanjian Ekonomi Digital itu akan memudahkan perdagangan digital yang lancar, membolehkan aliran data rentas sempadan yang diyakini,
dan membina persekitaran digital yang selamat untuk syarikat dan pengguna di kedua-dua negara.

Di bawah perjanjian itu, kedua-dua pihak akan menyokong pembayaran dan perdagangan secara elektronik,
serta perdagangan elektronik dan aktiviti lain yang boleh dilakukan secara digital,
seperti analisis data dan AI.

Ini merupakan perjanjian perdagangan digital ketiga bagi Singapura, berikutan perjanjian dengan Chile, New Zealand, dan Australia.

Sumber : CNA/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita