Skip to main content

Kewangan

Singapore Airlines raih untung tahunan tertinggi sebanyak S$2.8 bilion

Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) mencatat keuntungan bersih tahunan rekod pada Khamis (15 Mei), sebahagian besar disebabkan oleh keuntungan sekali yang diperoleh daripada penggabungan syarikat penerbangan Air India dan Vistara, meskipun persaingan yang semakin sengit memberi tekanan terhadap hasil penumpang.

Anggaran Waktu Membaca:
Singapore Airlines raih untung tahunan tertinggi sebanyak S$2.8 bilion

Pesawat Singapore Airlines di Lapangan Terbang Changi, Singapura. (Gambar fail: REUTERS/Caroline Chia)

SINGAPURA: Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) mencatat keuntungan bersih tahunan rekod pada Khamis (15 Mei), sebahagian besar disebabkan oleh keuntungan sekali yang diperoleh daripada penggabungan syarikat penerbangan Air India dan Vistara, meskipun persaingan yang semakin sengit memberi tekanan terhadap hasil penumpang.

SIA menyatakan ia mencatatkan keuntungan bersih sebanyak S$2.78 bilion pada tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac lalu, berbanding dengan S$2.68 bilion pada tahun sebelumnya.

Syarikat penerbangan itu mengiktiraf keuntungan sekali sekitar S$1.10 bilion selepas menyelesaikan penggabungan syarikat penerbangan Vistara yang berpangkalan di India di mana ia mempunyai hak milik sebanyak 49 peratus, bersama Air India pada November lalu.

Namun, keuntungan operasinya merosot kepada S$1.71 bilion daripada S$2.73 pada tahun sebelumnya kerana hasil penumpang - iaitu proksi bagi tambang penerbangan - merosot disebabkan oleh persaingan sengit.

Syarikat itu mengisytiharkan dividen akhir sebanyak 30 sen sesaham, lebih rendah berbanding 38 sen yang diumumkan tahun lalu.

Berhubung prospek industri, SIA menyatakan industri penerbangan global berdepan "persekitaran operasi yang mencabar di tengah-tengah dasar tarif yang berubah-ubah dan ketegangan perdagangan, ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik serta kekangan rantaian bekalan yang berterusan".

Ia menambah bahawa faktor-faktor itu boleh menjejas keyakinan pengguna dan perniagaan yang seterusnya boleh menjejas kedua-dua pasaran penumpang dan kargo.

Berkenaan prospek industri, SIA menyatakan bahawa industri penerbangan global berdepan “persekitaran operasi yang mencabar di tengah-tengah perubahan dasar tarif, ketegangan perdagangan, ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik, serta kekangan rantaian bekalan yang berterusan”.
Sumber : Reuters/CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita