Singapore Airlines, Garuda Indonesia rancang usaha sama tingkatkan kapasiti penumpang
Anggaran Waktu Membaca:

Pesawat Singapore Airlines di Lapangan Terbang Changi di Singapura pada 13 Mei 2022. (Gambar fail: Roslan Rahman/AFP)
SINGAPURA: Syarikat penerbangan Singapore Airlines dan Garuda Indonesia merancang mewujudkan usaha sama bagi meningkatkan kapasiti penumpang antara kedua-dua negara itu. Ini sedang kegiatan pelancongan di Asia Tenggara pasca COVID-19 bertambah rancak.
Demikian menurut kedua-dua syarikat penerbangan tersebut pada Isnin (29 Mei).
Usaha sama yang diusulkan tersebut akan membolehkan syarikat penerbangan itu menyelaraskan jadual mereka, mempertingkatkan ketersambungan serta kemudahan penumpang, dan meneroka insiatif baru, termasuk produk tambang bersama dan penyelarasan program korporat.
Rancangan tersebut akan meliputi perjalanan antara Singapura dengan Denpasar, Jakarta dan Surabaya dan memperdalam kerjasama yang sedia ada antara kedua-dua syarikat penerbangan tersebut.
"Usaha sama ini .... mencerminkan komitmen teguh kami untuk mengembangkan pasaran penerbangan di Indonesia dan Singapura, mengendalikan tahap perniagaan dan keterhubungan lebih tinggi penumpang serta mempromosikan kedua-dua negara itu sebagai destinasi pelancongan serantau," kata Goh Choon Phong, ketua pegawai eksekutif Singapore Airlines.

Sumber : Reuters/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.