Singapore Airlines catat kerugian tahunan pertama dalam 48 tahun sejarahnya
Singapore Airlines (SIA) melaporkan kerugian tahunan yang pertama dalam sejarahnya.

Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA). (Gambar: AFP/ROSLAN RAHMAN)
SINGAPURA: Singapore Airlines (SIA) melaporkan kerugian tahunan yang pertama dalam sejarahnya.
Syarikat penerbangan itu mengalami kerugian bersih berjumlah S$212 juta pada tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac lalu.
Ia berbanding keuntungan sebanyak S$683 juta yang diraihnya dalam tahun kewangan sebelumnya.
Kerugian itu disebabkan oleh harga minyak yang menjunam dan kejatuhan besar pada permintaan akibat pandemik COVID-19.
Baru-baru ini, SIA melancarkan penjualan saham bernilai berbilion dolar kepada para pemegang sahamnya bagi mengumpul modal untuk mengharungi krisis yang melanda industri penerbangan sekarang.
SIA menyifatkan pandemik COVID-19 sebagai cabaran paling besar yang pernah dihadapi industri tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.