SIA, Southwest Airlines jalin kerjasama perluas akses kepada hampir 120 destinasi Amerika
Anggaran Waktu Membaca:
Pesawat Singapore Airlines dan Southwest Airlines (kanan) aircraft. (Gambar: Facebook/Southwest Airlines)
SINGAPURA: Para pelawat antarabangsa kini boleh menggunakan Lapangan Terbang Changi sebagai tempat persinggahan dan hampir 120 lapangan terbang lain dalam rangkaian syarikat penerbangan Amerika Syarikat, Southwest Airlines, menerusi kerjasama baharu dengan Singapore Airlines (SIA).
Perjanjian itu membolehkan pelawat menempah perjalanan ulang-alik ke Amerika Syarikat menggunakan satu tiket, dengan sambungan ke destinasi-destinasi di mana kedua-dua syarikat itu melakukan penerbangan.
Penumpang SIA akan mempunyai akses kepada destinasi-destinasi dalam rangkaian Southwest Airlines melalui tiga lapangan terbang di Amerika Syarikat:
- Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles
- Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle-Tacoma
- Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco
Southwest Airlines menyatakan dalam kenyataan media pada Isnin (8 Jun): “Bagi lapangan terbang yang menjadi gerbang dikongsi bersama itu, pelawat antarabangsa kini boleh melakukan persinggahan dengan lancar ke hampir 120 lapangan terbang dalam rangkaian Southwest.”
Pelawat boleh menempah jadual perjalanan gabungan Singapore Airlines dan Southwest Airlines menerusi SIA, ejen pelancongan serta laman web tempahan perjalanan.
Kerjasama antara syarikat-syarikat penerbangan itu menawarkan aturan yang membolehkan penumpang menempah penerbangan melibatkan dua atau lebih syarikat penerbangan menggunakan satu tiket, tanpa perlu membeli tiket berasingan bagi setiap segmen perjalanan.
Mereka hanya perlu mendaftar masuk sekali sahaja untuk keseluruhan perjalanan, manakala bagasi akan dipindahkan terus ke destinasi akhir tanpa perlu dikutip dan didaftar masuk sekali lagi di lapangan terbang transit.
SIA merupakan rakan kerjasama kelapan Southwest Airlines.
Antara rakan kerjasama lain syarikat itu ialah All Nippon Airways, China Airlines, EVA Air, Philippine Airlines dan Turkish Airlines.
Kerjasama itu dijangka memberi manfaat kepada penumpang yang menggunakan penerbangan jarak jauh SIA dari Singapura dan Asia ke Amerika Syarikat sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi domestik di negara tersebut.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.