Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

SIA potong gaji sekurang-kurangnya 10%, tawar pekerja bersara awal

 Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) mengumumkan potongan gaji tambahan bagi kakitangan pengurusan dan pengurangan gaji sebanyak 10 peratus bagi kakitangan lain dalam usahanya untuk menguruskan kos syarikat. 

Anggaran Waktu Membaca:
SIA potong gaji sekurang-kurangnya 10%, tawar pekerja bersara awal

Pesawat Singapore Airlines. (Gambar fail: REUTERS/Arnd Wiegmann)

Diterbitkan : 31 Jul 2020 12:07AM Dikemas Kini : 31 Jul 2020 12:08AM

SINGAPURA: Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) mengumumkan potongan gaji tambahan bagi kakitangan pengurusan dan pengurangan gaji sebanyak 10 peratus bagi kakitangan lain dalam usahanya untuk menguruskan kos syarikat.

SIA juga akan memotong kuantum penuh komponen berubah-ubah bulanan gaji pekerja mulai 1 Ogos.

"Jumlah ini membentuk 10 peratus daripada gaji asas semua kakitangan di bawah peringkat pengurus, menurut SIA pada Khamis (30 Jul).

Gaji asas pengurus dan pengurus kanan akan dikurangkan sebanyak 12 peratus, naik daripada 10 peratus sebelum ini, manakala gaji naib presiden dan naib presiden divisyen akan dipotong sebanyak 15 peratus, naik daripada 12 peratus.

Gaji naib presiden kanan pula akan dipotong 25 peratus, naik daripada 20 peratus, dan bagi naib presiden eksekutif, gaji mereka akan dipotong 30 peratus, naik daripada 25 peratus.

Gaji CEO Goh Choon Phong akan dipotong sebanyak 35 peratus, naik daripada 30 peratus.

Langkah itu diumumkan selepas SIA mencatat kerugian bersih sebanyak S$1.12 bilion pada suku pertama, setelah mengurangkan kapasiti pesawat dengan banyaknya akibat sekatan perjalanan di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Selain memotong gaji kakitangannya, syarikat penerbangan itu juga menawarkan Skim Persaraan Awal Khas COVID-19 kepada para kakitangan yang layak.

Menurut emel kepada kakitangan SIA yang dilihat oleh pihak Mediaccorp, skim itu akan ditawarkan kepada mereka yang berusia 50 tahun dan ke atas, sudah berkhidmat dengan syarikat itu sekurang-kurangnya 15 tahun, hingga ke peringkat naib presiden divisyen. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan