SIA, Malaysia Airlines meterai perjanjian perluas kerjasama kongsi penerbangan
Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) dan Malaysia Airlines (MAS) pada Khamis (27 Jun) memeterai satu perjanjian awal yang akan membolehkan kedua-dua syarikat penerbangan itu untuk memperluaskan perkongsian penerbangan dengan "ketara" antara kedua-dua negara.
Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA). (Gambar: AFP/ROSLAN RAHMAN)
SINGAPURA: Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) dan Malaysia Airlines (MAS) pada Khamis (27 Jun) memeterai satu perjanjian awal yang akan membolehkan kedua-dua syarikat penerbangan itu untuk memperluaskan perkongsian penerbangan dengan "ketara" antara kedua-dua negara.
Menurut syarat-syarat di bawah memorandum persefahaman itu - SIA dan MAS akan meneroka "kerjasama strategik yang meluas" bagi memanfaatkan perjanjian perkongsian penerbangan bersama yang sedia ada.
Ini termasuk peningkatan pada program penumpang setia dan potensi kerjasama dalam khidmat muatan dan penyenggaraan.
Satu perjanjian rasmi dijangka akan dimuktamadkan dalam masa beberapa bulan mendatang, bergantung kepada kelulusan pihak kawal selia. Ini termasuk anak syarikat SIA, SilkAir dan Scoot serta anak syarikat MAS, Firefly.
Perjanjian itu melambangkan "pertumbuhan peluang yang ketara bagi kedua-dua syarikat penerbangan," menurut ketua eksekutif SIA Goh Choon Phong, sambil menambah bahawa perjanjian itu akan meningkatkan ketersambungan global bagi Malaysia dan Singapura, selain mempertingkatkan khidmatnya kepada para pelanggan.
Ketua eksekutif MAS Izham Ismail berkata: "Malaysia Airlines sejak sekian lama menjalin hubungan budaya dan komersil yang kukuh dengan Singapore Airlines. Pasukan saya dan saya amat berbesar hati kerana dapat merapatkan lagi hubungan itu, kali ini menjangkaui banyak bidang melibatkan ekosistem kedua-dua syarikat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.