Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

SIA lapor kerugian bersih S$1.2 bilion dalam suku pertama sedang COVID-19 jejas permintaan

Singapore Airlines (SIA) pada Rabu (29 Jul) melaporkan kerugian bersih sebanyak S$1.2 bilion dalam suku pertama setelah mengurangkan keupayaan operasi penerbangannya dengan banyak akibat sekatan perjalanan di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
SIA lapor kerugian bersih S$1.2 bilion dalam suku pertama sedang COVID-19 jejas permintaan

Pesawat Singapore Airlines. (Gambar fail: REUTERS/Arnd Wiegmann)

Diterbitkan : 29 Jul 2020 10:30PM Dikemas Kini : 29 Jul 2020 10:33PM

SINGAPURA: Singapore Airlines (SIA) pada Rabu (29 Jul) melaporkan kerugian bersih sebanyak S$1.2 bilion dalam suku pertama setelah mengurangkan keupayaan operasi penerbangannya dengan banyak akibat sekatan perjalanan di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Ini berbanding keuntungan sebanyak S$111 juta dalam tempoh yang sama setahun lalu.

Pendapatan bagi kumpulan itu menjunam 79.3 peratus dari tahun ke tahun kepada S$851 juta pada suku pertama yang berakhir pada 30 Jun, sementara perbelanjaan merosot 51.6 peratus kepada S$1.89 bilion.

Secara keseluruhan jumlah penumpang jatuh 99.5 peratus - 99.4 peratus bagi Singapore Airlines, 99.8 peratus bagi SilkAir dan 99.9 peratus bagi Scoot.

Kemerosotan dalam pendapatan penumpang yang menaiki pesawat sebahagiannya diimbangi oleh peningkatan dalam pendapatan kargo, menurut SIA, sambil menarik perhatian tentang "permintaan kukuh" untuk pengangkutan peralatan perlindungan peribadi, farmeseutikal dan makanan segar.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan