Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

SIA lanjutkan kontrak lagi 3 tahun selaku penaja utama F1

Singapore Airlines melanjutkan syarikatnya selaku penaja utama bagi perlumbaan Formula One di Singapura selama tiga tahun lagi, bermula dari perlumbaan 2022 yang bakal diadakan pada hujung September ini.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Singapore Airlines melanjutkan syarikatnya selaku penaja utama bagi perlumbaan Formula One di Singapura selama tiga tahun lagi, bermula dari perlumbaan 2022 yang bakal diadakan pada hujung September ini.

Demikian diumumkan syarikat penerbangan negara itu pada Sabtu (14 Mei).

Dalam kenyataan medianya, Naib Presiden Eksekutif Komersil SIA Lee Lik Hsin berkata pelanjutan itu "melengkapkan peluasan rangkaian sejagat (syarikat penerbangan) dan akan menyokong pemulihan Singapura sebagai hab udara antarabangsa yang utama".

"Grand Prix F1 Singapore yang amat dinanti-nantikan tahun ini akan menjadi satu peristiwa penting buat Singapura, sekali gus menandakan kembalinya acara sukan antarabangsa ke bandar ini setelah gangguan selama dua tahun dek pandemik."

SIA bagaimanapun tidak mendedahkan kos tajaan itu.

Perlumbaan F1 kali ini akan berlangsung dari 30 September hingga 2 Oktober.

SIA kali pertama menandatangani kontrak selaku penaja utama untuk perlumbaan 2014 selama empat tahun. Ia kemudian melanjutkan kontrak itu sebanyak dua kali, pada 2018 dan 2020, selama dua tahun untuk setiap kali.

Langkah terkini itu bermakna perlumbaan F1 yang bakal diadakan di Singapura akan mempunyai SIA sebagai penaja utama sehingga 2024.

Pada Januari, penganjur perlumbaan Grand Prix Singapore dan Lembaga Pelancongan Singapura (STB) mengumumkan bahawa Singapura akan terus menjadi tuan rumah bagi F1 selama tujuh tahun lagi, sehingga 2028, iaitu satu pelanjutan kontrak yang paling lama.

Keputusan itu menyusuli penangguhan F1 selama dua tahun di Litar Marina Bay Street akibat pandemik COVID-19, yang turut menyebabkan pembatalan beberapa perlumbaan di bandar-bandar lain di seluruh dunia.

Sumber : Today/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan