Skip to main content

Kewangan

SIA lancar projek S$50 juta naik taraf balai menunggu Terminal 3

Para penumpang Singapore Airlines (SIA) tidak lama lagi boleh menjangkakan ruang lebih luas, kemudahan dipertingkat dan lebih banyak pilihan makanan apabila mereka mengunjungi balai menunggu SIA di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi, bermula 2021.

Anggaran Waktu Membaca:
SIA lancar projek S$50 juta naik taraf balai menunggu Terminal 3

(Gambar: Hirsch Bedner Associates)

Diterbitkan : 04 Jul 2019 08:30PM Dikemas Kini : 04 Jul 2019 08:34PM

SINGAPURA: Para penumpang Singapore Airlines (SIA) tidak lama lagi boleh menjangkakan ruang lebih luas, kemudahan dipertingkat dan lebih banyak pilihan makanan apabila mereka mengunjungi balai menunggu SIA di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi, bermula 2021.

Syarikat penerbangan itu pada Khamis (4 Jul) menyatakan ia akan membelanjakan lebih S$50 juta untuk merubah bentuk ruang-ruang rehat SilverKris dan KrisFlyer agar kelihatan "lebih moden namun kekal selesa".

Pereka bentuk hospitaliti, Hirsch Bedner Associates, dilantik untuk "memberi suntikan kesegaran", tambah SIA.

"Balai-balai menunggu yang baru akan menawarkan ruang terbuka lebih luas, kemudahan dipertingkat dan banyak pilihan F&B, semuanya disesuaikan untuk keperluan dan cita rasa para pelanggan kami," tambah syarikat penerbangan itu dalam kenyataannya.

Balai menunggu Kelas Niaga yang baru akan diperluas dan merangkumi beberapa zon yang menepati keperluan penumpang berbeza-beza.

"Para pelanggan yang mempunyai persinggahan singkat boleh menikmati kudapan ringan dalam suasana kafe, manakala mereka yang mempunyai masa yang lebih untuk diluangkan boleh mencuba hidangan Asia dan antarabangsa di dewan makan," menurut SIA lagi.

Selain bar yang juga berfungsi sebagai kaunter sarapan layan sendiri di sebelah pagi, SIA akan menyediakan ruang tidur dilengkapi dengan sofa bagi para pelanggannya.

Penumpang Kelas Pertama juga boleh menjangkakan bar yang baru dan ruangan makanan mewah dalam balai menunggu itu.

Balai menunggu KrisFlyer Gold pula akan diluaskan seganda dan dilengkapi dengan ruang kerja dan tempat makan al fresco. Ia turut dilengkapi dengan tandas dan tempat mandi.

Kerja-kerja naik taraf dijadual bermula Ogos dan dijangka lengkap pada pertengahan 2021. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita