Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

SIA guna pesawat A350 baru bagi penerbangan ke Adelaide

Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) akan menggunakan pesawat Airbus A350-900 yang baru bagi penerbangan antara Singapura dengan Adelaide, menurut syarikat itu dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini (6 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
SIA guna pesawat A350 baru bagi penerbangan ke Adelaide

Pesawat Airbus A350-900 yang akan digunakan bagi penerbangan Singapura-Adelaide. (Gambar: Singapore Airlines)

Diterbitkan : 06 Sep 2018 04:15PM Dikemas Kini : 06 Sep 2018 04:23PM

SINGAPURA: Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) akan menggunakan pesawat Airbus A350-900 yang baru bagi penerbangan antara Singapura dengan Adelaide, menurut syarikat itu dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini (6 Sep).

Dijadual bermula pada 17 Disember, pesawat A350-900 akan melakukan penerbangan harian sebagai SQ279 dari Singapura ke Adelaide dan sebagai SQ278 dari Adelaide ke Singapura, jika diluluskan oleh pihak berkuasa.

Dilengkapi dengan produk yang baru dilancarkan di bawah Kelas Ekonomi dan Kelas Bisnes, pesawat itu akan menawarkan 263 tempat duduk bagi Kelas Ekonomi dan 40 tempat duduk bagi Kelas Bisnes.

Bagi Kelas Ekonomi, tempat duduk akan disusun mengikut format 3-3-3 dan ia dilengkapi dengan penyandar kepala yang mudah diubah suai, cangkuk jaket, port pengecas USB serta ruang meletakkan barang peribadi untuk barangan kecil.

Tempat duduk di kabin-kabin Kelas Bisnes pula akan diatur mengikut format 1-2-1, sekaligus memudahkan akses untuk pergerakan penumpang. Para penumpang Kelas Bisnes juga boleh menjangkakan skrin HD 17 inci, ruang menyimpan barang yang luas dan tempat duduk yang boleh dijadikan katil berukuran 76 inci.

(Gambar tempat duduk Kelas Bisnes dalam pesawat Airbus A350-900 baru. Gambar: Singapore Airlines)

Pesawat A350-900 juga dilengkapi dengan sistem hiburan Thales AVANT terkini dalam pesawat, yang menawarkan lebih banyak pilihan bagi para penumpang.

Buat masa ini, SIA sudah menempah 67 pesawat Airbus A350-900 dengan tujuh daripada jumlah pesawat itu adalah bagi penerbangan jarak jauh, yang akan digunakan bagi penerbangan antara Singapura dengan Newark mulai 11 Oktober ini.

SIA juga merancang untuk menggunakan pesawat Airbus A350-900 bagi penerbangan ke Brisbane pada tahun depan, jika diluluskan oleh pihak berkuasa. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan