Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

SIA Group catat rekod keuntungan tahunan S$2.16 bilion susuli kerugian 3 tahun berturut-turut

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapore Airlines (SIA) Group pada Selasa (16 Mei) melaporkan keuntungan tahunan yang mencecah paras rekod sebanyak S$2.16 bilion, selepas mengalami kerugian selama tiga tahun berturut-turut.

Syarikat itu juga mengalami kerugian bersih sebanyak S$962 juta pada tahun sebelumnya.

Permintaan kukuh bagi penerbangan memacu hasil pendapatan, keuntungan operasi dan faktor muatan penumpang, menurut SIA.

Apabila pandemik COVID-19 baru melanda, kumpulan itu mengekalkan kebanyakan kakitangannya dan memastikan sebahagian besar pesawatnya beroperasi pada paras penggunaan yang rendah.

Ini sekali gus membolehkan dua syarikat penerbangannya, SIA dan Scoot, meningkatkan operasi dalam tempoh notis singkat apabila perjalanan udara mula meningkat pada Tahun Kewangan 2022/23, jelasnya.

Menurut hasil operasi terkini SIA Group, kapasiti penumpang kumpulan itu mencecah 79 peratus berbanding paras sebelum COVID-19 pada akhir bulan Mac.

SIA dan Scoot membawa sejumlah 26.5 penumpang, iaitu enam kali ganda berbanding tahun sebelumnya.

Faktor muatan penumpang juga melonjak sebanyak 55.3 peratusan mata kepada 85.4 peratus - yang tertinggi dalam sejarah syarikat itu.

Dengan permintaan bagi penghantaran udara merosot dan gangguan pada rantaian bekalan akibat COVID-19 menyusut, prestasi segmen kargo juga lebih sederhana tahun ini berbanding setahun lalu.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan