SIA Group catat rekod 42.4 juta penumpang bagi FY2025/26
Singapore Airlines (SIA) Group mencatatkan jumlah rekod 42.4 juta penumpang bagi tahun kewangan 2025/26.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapore Airlines (SIA) Group mencatatkan jumlah rekod 42.4 juta penumpang bagi tahun kewangan 2025/26.
Jumlah tersebut 7.7 peratus lebih tinggi berbanding rekod sebelumnya iaitu sebanyak 39.4 juta bagi tahun kewangan 2024/25, menurut kumpulan itu pada Rabu (15 Apr) dalam keputusan operasi terkini.
Pada Mac lalu, jumlah penumpang SIA Group meningkat 14.7 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, sekali gus mengatasi kenaikan kapasiti penumpang sebanyak 7.2 peratus.
Faktor muatan penumpang SIA Group juga adalah 90.6 peratus, dengan SIA dan syarikat pesawat tambang jimat Scoot masing-masing mencatatkan faktor muatan penumpang bulanan sebanyak 90.3 peratus, iaitu rekod bulanan baharu, dan 91.7 peratus.
"Pertumbuhan trafik penumpang yang kukuh disokong oleh kenaikan dalam permintaan bagi perjalanan udara menjelang cuti Easter pada awal April, serta limpahan trafik ke Eropah setelah kapasiti ke hab udara Timur Tengah terjejas oleh perang Timur Tengah yang berterusan," menurut kumpulan itu.
Muatan kargo meningkat 2.4 peratus pada Mac berbanding tempoh yang sama tahun lalu, manakala kapasiti merosot 1.3 peratus.
Ia sebahagiannya disokong oleh jumlah limpahan di tengah-tengah gangguan terhadap ruang udara Timur Tengah, menurut kumpulan SIA.
Faktor muatan kargo meningkat 2.1 mata peratusan kepada 59 peratus.
SIA Group menyatakan Scoot melancarkan khidmat penerbangan ke Tokyo (Hanedad) di Jepun pada Mac.
"Disebabkan oleh situasi geopolitik di Timur Tengah, SIA dan Scoot melaksanakan pembatalan berterusan khidmat penerbangan masing-masing ke Dubai (Amiriah Arab Bersatu) dan Jeddah (Arab Saudi)."
Penerbangan SIA antara Dubai dengan Singapura digantung sejak Amerika Syarikat dan Israel menyerang Iran pada 28 Februari.
Setakat hujung Mac lalu, rangkaian penumpang SIA Group meliputi 134 destinasi, termasuk Singapura.
SIA berkhidmat ke 77 destinasi, manakala Scoot merangkumi 82 destinasi.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.