Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

SIA akan belanjakan S$1.1 bilion naik taraf pesawat A350-900

Anggaran Waktu Membaca:
SIA akan belanjakan S$1.1 bilion naik taraf pesawat A350-900

Gambar fail pesawat Singapore Airlines. (Gambar: AFP/Laurent Fievet)

Diterbitkan : 04 Nov 2024 08:10PM Dikemas Kini : 04 Nov 2024 08:59PM
SINGAPURA: Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) menyatakan pada Isnin (4 Nov) bahawa ia akan membelanjakan S$1.1 bilion untuk menaik taraf kabin pesawat Airbus A350-900 jarak jauhnya, sedang persaingan semakin sengit.

Syarikat-syarikat penerbangan yang kaya dengan wang tunai seperti Qatar Airways dan Emirates telah mewujudkan persaingan yang sengit dengan peneraju industri itu, di samping merapatkan jurang dan bahkan mengatasinya dalam kelas pertama dan kelas perniagaan, menurut seorang penganalisis.

SIA dalam kenyataannya turut mendedahkan bahawa semua kelas kabin bagi 41 daripada pesawat jarak jauh (ULR) A350-900 akan dinaik taraf dan ia menelan belanja sebanyak S$1.1 bilion.

Buat pertama kalinya, syarikat penerbangan itu juga akan memperkenalkan "kabin kelas pertama yang mewah" bagi tujuh pesawat A350-900 ULR yang bertujuan untuk "menetapkan tanda aras industri baharu untuk perjalana laluan terpanjang di dunia", menurut SIA.

SIA menerima penghantaran kumpulan pertama pesawat A350-900 pada 2016, setahun selepas Qatar Airways mendapatkan pesawat itu.

"Sejak enam tahun lalu, kami telah melibatkan pelanggan dan pihak-pihak berkepentingan secara meluas dalam reka bentuk produk kabin jarak jauh generasi akan datang kami, menjangkakan pilihan dan jangkaan mereka yang berubah-ubah sehingga memperhalusi setiap perincian," kata Ketua Eksekutif SIA Goh Choon Phong.

Kabin kelas ekonomi dan ekonomi premium juga akan dinaik taraf.

Encik Shukor Yusof, pengasas perundingan penerbangan Endau Analytics, berkata pelaburan itu bertujuan untuk mengekalkan kelebihan SIA dalam industri tersebut.

"SIA adalah syarikat penerbangan premium dan akan sentiasa berusaha untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran," kata Encik Shukor kepada AFP.

"Tetapi saya fikir persaingan kini semakin sangat sengit daripada syarikat-syarikat penerbangan Teluk, dari Qatar, dari Emirates dan juga sedikit sebanyak dari Turkish Airlines."

Menurut SIA, pesawat pertama yang dinaik taraf dijangka akan mula beroperasi pada suku kedua 2026.

Program tersebut dijangka siap menjelang 2030.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan