Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Shell, Petronas bangunkan telaga gas luar M'sia

Shell Plc pada Isnin (5 Sep) menyatakan ia akan melabur dengan syarikat minyak negara Malaysia, Petronas, untuk membangunkan telaga gas Rosmari-Marjoram di perairan negara Asia Tenggara itu, lapor Reuters.

Anggaran Waktu Membaca:
Shell, Petronas bangunkan telaga gas luar M'sia

Petronas Chemicals Group disenaraikan di Bursa Saham Malaysia di Kuala Lumpur pada 26 Nov 2010. (Gambar: AFP)

KUALA LUMPUR: Shell Plc pada Isnin (5 Sep) menyatakan ia akan melabur dengan syarikat minyak negara Malaysia, Petronas, untuk membangunkan telaga gas Rosmari-Marjoram di perairan negara Asia Tenggara itu, lapor Reuters.

Telaga Rosmari-Marjoram terletak 220 kilometer dari pantai Bintulu di negeri Sarawak, Malaysia.

Projek tersebut direka bentuk sedemikian rupa untuk menghasilkan 800 juta kaki padu standard gas setiap hari, dengan pengeluaran gas dijangka bermula pada 2026, menurut Shell dalam kenyataannya.

Pembinaan telaga gas itu penting bagi memastikan bekalan gas yang mampu bertahan mampan kepada kompleks gas asli cecair (LNG) Petronas di Bintulu, terang Shell dalam laporan Reuters.

Keputusan pelaburan muktamad diambil oleh Sarawak Shell Berhad, sebuah anak syarikat Shell dengan 80 peratus kepentingan operasi dalam projek berkenaan, dan unit huluan Petronas, Carigali Sdn Bhd (20 peratus), tambah Shell.
 
Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan