SG peruntuk S$2.1 bilion hasil jualan bon hijau biaya dua laluan MRT
Bon dengan tempoh matang 50 tahun itu ditawarkan di bawah Rangka Kerja Bon Hijau Singapura, dan adalah sebahagian daripada strategi lebih luas negara untuk membiayai projek mesra alam.
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Singapura memperuntukkan S$2.1 bilion daripada penjualan bon hijaunya dengan tempoh matang 50 tahun bagi membiayai kos pembinaan dua laluan MRT akan datang.
Bon tersebut ditawarkan di bawah Rangka Kerja Bon Hijau Singapura, dan adalah sebahagian daripada strategi lebih luas negara untuk membiayai projek mesra alam.
Biaya membina Laluan MRT Daerah Jurong dan Laluan Rentas Pulau meliputi S$1.7 bilion daripada bon hijau yang dikeluarkan pada 2022 manakala S$0.4 bilion lagi daripada tawaran bon hijau yang dibuka semula pada September 2023.
Tawaran pada September menyaksikan kadar langganan keseluruhan sebanyak 1.4 kali, bernilai S$2.8 bilion.
Laluan MRT Daerah Jurong dan Laluan Rentas Pulau dijadual dibuka secara bertahap-tahap mulai 2027.
Pembukaan dua laluan MRT itu dijangka dapat membantu mengurangkan pelepasan gas karbon sebanyak lebih 100,000 tan setahun iaitu sama dengan tidak menggunakan 22,000 kereta di jalan-jalan raya.
Ia juga menandakan pengurangan 81 peratus dalam pelepasan karbon.

Sumber : CNA/SU/su
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.