SG naikkan unjuran pertumbuhan GDP 2025 kepada sekitar 4%
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura pada Jumaat (21 Nov) menaikkan unjuran pertumbuhan ekonominya bagi 2025 kepada sekitar 4 peratus selepas mencatat keputusan yang lebih baik daripada yang dijangkakan pada suku ketiga tahun ini.
Ini lebih tinggi berbanding unjuran pertumbuhan sebelum ini iaitu antara 1.5 peratus hingga 2.5 peratus yang diumumkan pada Ogos.
Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) menjangkakan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) Singapura akan tumbuh antara 1 peratus hingga 3 peratus pada 2026.
MTI menaikkan unjuran pertumbuhan GDP 2025 pada Ogos menyusuli kegiatan mempercepatkan import barangan untuk mencegah gangguan yang dijangkakan (front-loading activities) yang kukuh pada suku kedua.
Ini disebabkan oleh penggantungan tarif balasan Amerika, serta peningkatan prospek permintaan luar Singapura disebabkan oleh usaha untuk mengendurkan ketegangan perdagangan antara Amerika dan beberapa rakan dagangnya.
Pada masa itu, MTI menjangkakan pertumbuhan global akan lebih perlahan pada separuh kedua tahun ini, apabila kesan dorongan daripada kegiatan 'frontloading' berkurangan dan tarif balasan Amerika dikenakan semula selepas penggantungan sementara.
"Keadaan ekonomi global ternyata lebih berdaya tahan daripada yang dijangkakan," kata MTI dalam kenyataan medianya.
SUKU KETIGA
Ekonomi Singapura berkembang 4.2 peratus tahun ini berbanding tempoh yang sama pada suku ketiga tahun lalu, lebih pantas daripada anggaran awal 2.9 peratus. Ini juga meneruskan pertumbuhan sebanyak 4.7 peratus pada suku kedua.
MTI menyatakan pertumbuhan pada suku ketiga didorong terutamanya oleh sektor pengilangan, perdagangan borong serta sektor kewangan dan insurans.
Berdasarkan penyesuaian musiman dari suku ke suku, ekonomi berkembang 2.4 peratus dari Julai hingga September, berbanding 1.7 peratus dari April hingga Jun.
Rakan-rakan dagang utama Singapura mencatat prestasi lebih baik daripada yang dijangkakan pada suku ketiga, menurut MTI, sambil menyatakan bahawa pertumbuhan eksport China dan Vietnam kekal kukuh di tengah-tengah pengalihan perdagangan dan pelarasan rantaian bekalan.
Lonjakan kecerdasan buatan (AI) yang lebih kukuh daripada yang dijangkakan menyokong pertumbuhan ekonomi Amerika, yang seterusnya meningkatkan eksport semikonduktor berkaitan AI dari rantau ini.
MTI turut merujuk kepada usaha mengendurkan ketegangan perdagangan, dengan tempoh penggantungan tarif terhadap China dilanjutkan hingga November 2026 beserta kadar tarif Amerika yang dikurangkan ke atas China.
"Sementara itu, pelaksanaan tarif mengikut sektor ke atas semikonduktor dan farmaseutikal adalah lebih perlahan daripada jangkaan awal," kata MTI.
Sektor berkaitan perdagangan mengatasi jangkaan, disokong oleh daya tahan perdagangan global dan rakan-rakan dagang Singapura, serta permintaan global yang kukuh bagi semikonduktor berkaitan AI, server dan produk berkaitan server.
"Ini turut memberikan limpahan positif kepada sektor-sektor lain dalam ekonomi, termasuk sektor khidmat bagi luar negara seperti infokom, serta khidmat profesional," kata kementerian itu.
Bagi baki 2025, permintaan bagi produk elektronik berkaitan AI dijangka terus menyokong sektor pengilangan dan perdagangan borong, manakala pertumbuhan sektor bagi khidmat luar negara dijangka kekal berdaya tahan.
PROSPEK 2026
Pertumbuhan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) bagi kebanyakan rakan dagang utama Singapura dijangka lebih rendah berbanding 2025, disebabkan oleh kesan tarif Amerika yang dijangka lebih ketara, kata MTI.
"Khususnya, pertumbuhan GDP China dijangka menyederhana menyusuli pertumbuhan eksport lebih perlahan dan kesan daripada skim tukar beli barangan pengguna yang semakin pudar," tambah MTI.
Penurunan pertumbuhan ekonomi utama dunia dijangka mengurangkan permintaan eksport dari Asia Tenggara.
Pertumbuhan GDP ekonomi utama Asia Tenggara dijangka berkurangan, meskipun permintaan domestik yang stabil "dijangka sedikit sebanyak memberi sokongan".
MTI menjangkakan ekonomi Amerika kekal "agak berdaya tahan", disokong oleh pelaburan berkaitan AI yang berterusan walaupun pertumbuhan penggunaan domestik menyederhana di tengah-tengah keadaan pasaran buruh yang semakin perlahan.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.