SG-Jiangsu meterai 21 perjanjian perkukuh hubungan dua hala
Anggaran Waktu Membaca:

Taman Perindustrian Suzhou di wilayah Jiangsu. (Gambar: MDDI/Terence Tan)
NANJING: Sebanyak 21 perjanjian dimeterai semasa mesyuarat Majlis Perniagaan Singapura-Jiangsu di bandar Nanjing, China.
Kedua-dua pihak berhasrat untuk memperluaskan kerjasama dalam bidang-bidang seperti kemampanan, pendidikan, pendigitalan serta jagaan kesihatan.
Ini walaupun kegenjotan global dan ekonomi China yang tertekan terus membayangi rancangan peluasan itu.
Para pemimpin dari Singapura dan wilayah Jiangsu mengesahkan hubungan dua hala di mesyuarat tersebut, yang dianjurkan buat pertama kali di China sejak pandemik.
Mesyuarat tersebut juga meraikan kerjasama antara Singapura dengan wilayah Jiangsu yang terletak di utara bandar Shanghai.
Ia dipengerusikan bersama oleh Menteri di Pejabat Perdana Menteri Indranee Rajah dan Gabenor Jiangsu, Xu Kunlin.
Bercakap kepada sekitar 140 pegawai dan wakil perniagaan, Cik Indranee berkata Singapura kekal sebagai rakan yang boleh dipercayai syarikat-syarikat Jiangsu yang ingin berkembang ke peringkat global.
"Syarikat-syarikat China yang ingin ke pasaran antarabangsa, boleh mengembangkan perniagaan dan rangkaian mereka melalui kerjasama dengan Singapura sebagai batu loncatan ke peringkat serantau, dengan memanfaatkan persekitaran perniagaan kami yang kondusif dan ketersambungan global kami," kata Cik Indranee.
Ekonomi China sedang bersiap sedia untuk menghadapi lebih banyak tekanan, termasuk kesan gelombang tarif Amerika Syarikat yang baharu apabila Encik Donald Trump kembali ke Rumah Putih.
Namun potensi wilayah seperti Jiangsu terlihat jelas.
Hasil kasar dalam negeri (GDP) wilayah itu meningkat sebanyak 5.7 peratus pada tiga suku pertama tahun ini, mengatasi kadar pertumbuhan nasional China sebanyak 4.8 peratus.
Pelaburan dan perdagangan antara Jiangsu dengan Singapura juga menyaksikan peningkatan yang stabil.
Dalam 10 bulan pertama tahun ini, perdagangan dua hala melonjak 11.5 peratus dari tahun ke tahun.
Pelaburan Singapura ke Jiangsu naik lebih 60 peratus dari tahun ke tahun, dan begitu juga sebaliknya.
Singapura juga merupakan sumber pelaburan asing terbesar di wilayah tersebut.
Lantas, Gabenor Xu menyarankan agar kedua-dua pihak terus meningkatkan kerjasama dalam inovasi, menstabilkan rangkaian bekalan dan menceburi bidang-bidang baharu.

Sumber : CNA/AI/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.