Skip to main content

Kewangan

SG hilang status ekonomi paling kompetitif di dunia

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 17 Jun 2025 05:03PM Dikemas Kini : 17 Jun 2025 10:55PM
SINGAPURA: Singapura kehilangan statusnya sebagai negara yang mempunyai ekonomi paling berdaya saing di dunia pada 2025.

Gelaran itu kini disandang oleh Switzerland.

Singapura menduduki tangga kedua manakala Hong Kong di tangga ketiga.

Bagaimanapun ekonomi domestik Singapura yang lasak dan pemerintah yang mantap, memastikan negara ini kekal di barisan teratas.

Demikian menurut Ranking Persaingan Dunia oleh Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Pengurusan (IMD).

Daripada 69 ekonomi yang dinilai, Singapura muncul di tempat pertama bagi kategori perdagangan antarabangsa dan prasarana teknologi.

Bagaimanapun Singapura kurang berdaya saing dari segi harga dan menduduki tangga ke-67.

Ia juga jatuh enam tangga dalam kategori kecekapan perniagaan keseluruhannya, iaitu dari tangga kedua menjadi tangga kelapan.

Laporan itu turut menyebut cabaran-cabaran yang dihadapi Singapura termasuk mengemudi ekonomi dunia yang sedang berpecah-belah, dan menangani gangguan daripada teknologi-teknologi baharu.

Seorang penganalisis berkata perubahan dalam kedudukan tidak dapat dielakkan, disebabkan oleh sumber Singapura yang terhad.

Ranking dibuat berdasarkan empat tunggak, termasuk kecekapan ekonomi dan infrastruktur.

Untuk memastikan penilaian lebih baik, enam data baharu diperkenalkan pada tahun ini seperti liputan berat sebelah media.

Menurut IMD, dasar pemerintah juga merupakan satu faktor penentu.

Tambahnya meskipun kayu ukur daya saing tradisional seperti kestabilan makroekonomi, masih diperlukan, ia tidak lagi mencukupi.
Sumber : CNA/FZ/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita