SEZ Johor-SG contoh negara sehaluan boleh bekerjasama di tengah-tengah tarif Trump, dasar perlindungan: DPM Gan

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perusahaan Singapura Gan Kim Yong dan Ketua Menteri Johor Onn Hafiz Ghazi di Forum Perniagaan dan Pelaburan Bersama JS-SEZ pada 21 April, 2025. (Gambar: CNA/Zamzahuri Abas)
Timbalan Perdana Menteri Singapura Gan Kim Yong pada Isnin (21 Apr).
Beliau menambah SEZ membolehkan syarikat-syarikat untuk mengukuhkan rantaian bekalan mereka dan mengembangkan perniagaan walaupun dengan adanya dasar perlindungan yang diumumkan oleh Presiden Donald Trump.
Encik Gan yang berucap di sebuah forum perniagaan pelaburan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, turut mengumumkan pembukaan sebuah pejabat projek bersama baharu oleh pihak berkuasa Singapura bagi menyokong syarikat-syarikat yang berminat meluaskan perniagaan mereka ke SEZ.
"Acara hari ini adalah ... penting dan tepat pada masanya. Penting - kerana di tengah-tengah peningkatan mendadak dalam dasar perlindungan di seluruh dunia, ia menunjukkan bagaimana negara-negara sehaluan boleh bekerjasama bagi mengatasi cabaran yang dihadapi dan saling meraih manfaat," kata Encik Gan yang juga Menteri Perdagangan dan Perusahaan, dalam ucap tama beliau.
"Dan tepat pada masanya - kerana JS-SEZ memberi peluang kepada perniagaan untuk meneroka bagaimana untuk mengukuhkan rantaian bekalan mereka, supaya mereka boleh bertindak balas dengan lebih baik terhadap ketidakstabilan dan terus mengembangkan perniagaan mereka," katanya.
Pemerintah Singapura dan Malaysia memeterai perjanjian pada Januari lalu bagi SEZ Johor-Singapura mempromosikan dan memudahkan pelaburan dalam 11 sektor - pengeluaran, logistik, jaminan bekalan makanan, pelancongan, tenaga, ekonomi digital, ekonomi mesra alam, khidmat kewangan, khidmat perniagaan, pendidikan dan kesihatan.
Zon ekonomi itu seluas 3,571 kilometer persegi di selatan Johor dan terdiri daripada sembilan "kawasan utama" bagi memenuhi keperluan sektor ekonomi yang berbeza.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.