Sentimen firma niaga S'pura kurang suram berbanding suku lalu
Keyakinan perniagaan untuk firma-firma Singapura kekal rendah bagi suku ketiga tahun ini.

(Gambar: Marcus Mark Ramos)
SINGAPURA: Keyakinan perniagaan untuk firma-firma Singapura kekal rendah bagi suku ketiga tahun ini.
Meskipun demikian, sentimen keseluruhan tidak begitu pesimistik berbanding suku sebelumnya.
Tinjauan oleh Biro Kredit Komersil Singapura (SCCB) tersebut menunjukkan keadaan yang berubah sedikit itu disebabkan oleh pembukaan semula kegiatan ekonomi secara bertahap-tahap.
Sektor-sektor pengilangan dan perkhidmatan kewangan mencatat sentimen lebih baik.
Bagaimanapun sektor-sektor binaan, perkhidmatan dan pengangkutan mempamerkan tahap keyakinan paling suram.
Ini kerana penangguhan sementara kerja-kerja pembinaan telah menjejas harapan dalam sektor tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.