Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Semakin banyak syarikat manfaat teknologi AI bagi perkukuh rantaian bekalan

Mesin yang dipacu teknologi AI boleh pastikan kerja di gudang diteruskan sepanjang masa dan bantu pengurusan tenaga kerja.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Dec 2020 10:04PM Dikemas Kini : 25 Dec 2020 10:08PM

SINGAPURA: Lebih banyak syarikat kini menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dan mesin untuk memastikan rantaian bekalan tidak lumpuh semasa berlaku krisis besar.

Para penyelidik tempatan mengatakan mereka mempercepatkan kerja mereka kerana lebih banyak syarikat kini mencari peralatan teknologi canggih bagi menguruskan tenaga kerja dengan lebih baik.

Robot-robot di kilang yang menggunakan teknologi AI misalnya membantu memilih dan memasukkan barangan ke kotak-kotak yang betul.

Memandangkan sekarang ini tempahan secara online kian meningkat tetapi ramai pekerja terpaksa duduk rumah, mesin-mesin seperti itu boleh melakukan tugas memenuhi tempahan di gudang sepanjang masa.

Ini mungkin gambaran keadaan industri pengilangan pasca-COVID-19.

Pada masa yang sama, para penyelidik juga menemui cara untuk membantu syarikat-syarikat menganggarkan jumlah mesin dan pekerja yang diperlukan apabila rantaian bekalan mengalami gangguan.

Apa yang biasanya mengambil masa sehingga tiga hari, sekarang hanya mengambil masa beberapa minit.

Satu sofwe juga sedang dicipta untuk membantu menghantar kiriman kargo udara dengan lebih cepat.   

Sumber : CNA/NZ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan