Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Selamat tinggal... BlackBerry

Anggaran Waktu Membaca:
Selamat tinggal... BlackBerry

Sumber Gambar: SiliconAngle

Diterbitkan : 06 Jan 2022 07:08PM Dikemas Kini : 07 Jan 2022 09:32AM

WASHINGTON: Syarikat telefon bijak, BlackBerry sudah menghentikan secara rasmi sistem operasi peranti model keluarannya seperti BlackBerry 10, 7.1 OS dan produk-produk keluaran sebelumnya bermula Selasa (4 Jan).

Ini bermakna, semua peranti lama milik jenama itu yang tidak menggunakan data perisian Android tidak lagi dapat mengakses data, menghantar sistem pesanan ringkas, mengakses internet atau membuat sebarang panggilan termasuk panggilan kecemasan.

Sebahagian besar pengguna sudah beralih daripada menggunakan BlackBerry sejak keluaran terakhir sistem operasi itu dilancarkan pada 2013.

Keputusan untuk menamatkan sistem sokongan tersebut adalah sebagai penamat kepada penggunaan peranti yang pada satu ketika pernah menggunakan teknologi canggih itu.

Pada September 2020, BlackBerry mengumumkan bahawa syarikat itu sedang berusaha untuk memberi tumpuan kepada penyediaan perisian dan perkhidmatan keselamatan kepada perusahaan dan pemerintah di seluruh dunia di bawah jenama BlackBerry Limited.

Kebanyakan model BlackBerry sudah menghentikan penjualan model telefon sejak 2016, namun tetap melesenkan jenamanya kepada syarikat OnwardMobility, syarikat peranti keselamatan bagi telefon bijak yang berpangkalan di Austin, Texas.

Namun, peranti BlackBerry yang menggunakan perisian Android tidak terjejas dengan penamatan khidmat tersebut.

Sumber : Agensi berita/AW/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan