Skip to main content

Kewangan

Sektor runcit S'pura terus merudum

Sektor runcit Singapura terus menunjukkan tanda-tanda kemerosotan.  

Anggaran Waktu Membaca:
Sektor runcit S'pura terus merudum

Latar langit kawasan perniagaan di Singapura. (Foto: AFP/ROSLAN RAHMAN)

Diterbitkan : 05 Nov 2020 08:37PM Dikemas Kini : 05 Nov 2020 08:40PM

SINGAPURA: Sektor runcit Singapura terus menunjukkan tanda-tanda kemerosotan.

Penjualan menjunam lebih ketara daripada yang dijangkakan ekoran perbelanjaan pengguna yang berkurangan.

Sektor tersebut merosot hampir 11 peratus dari tahun ke tahun, kemerosotan yang lebih banyak berbanding dua bulan sebelumnya.

Tidak termasuk kenderaan bermotor, penjualan runcit merosot hampir 13 peratus.

Khidmat F&B pula tergelincir hampir 30 peratus.

Ini kerana premis F&B hanya boleh menerima jumlah pelanggan yang terhad dek langkah-langkah pengurusan selamat.

Penjualan runcit di kebanyakan segmen terjejas berbanding pada bulan Ogos.

Namun ada juga sektor yang meningkat jualannya.

Pasar raya, barangan perabot dan sukan menyaksikan peningkatan dari segi jualan.

Para pakar ekonomi berkata ia disebabkan tabiat pengguna yang berubah
sedang lebih ramai mengamalkan gaya hidup lebih sihat di tengah-tengah pandemik.

Penjualan secara online pula terus berkembang buat 10 bulan berturut-turut.  

Sumber : CNA/NF/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita