Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Sektor pengilangan kurang optimis tentang masa depan perniagaan

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 29 Jul 2022 07:20PM Dikemas Kini : 29 Jul 2022 09:16PM

SINGAPURA: Syarikat-syarikat pengilangan tempatan berasa kurang optimistik tentang masa depan perniagaan untuk tempoh enam bulan kedua tahun ini.

Ini berikutan masalah pada rantaian bekalan dan tekanan kos di tengah-tengah keadaan sejagat yang tidak menentu.

Tinjauan sentimen perniagaan terkini oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) menunjukkan 20 peratus daripada syarikat-syarikat itu menjangkakan keadaan bakal merudum. 

Kebanyakan kelompok meramalkan keadaan yang tidak begitu menggalakkan, terutama sekali kelompok elektronik.

Syarikat-syarikat peralatan semikonduktor dan simpanan data bimbang dengan gangguan pada rantaian bekalan dan menjangkakan kurang permintaan bagi komputer-komputer peribadi serta telefon bijak. 

Bagaimanapun, kelompok pengangkutan dan kejuruteraan jitu berasa lebih yakin tentang masa depan perniagaan masing-masing. 

Kelompok itu menjangkakan lebih banyak permintaan penyenggaraan dan membaiki pesawat sejajar dengan meningkatnya perjalanan menerusi udara.

Sektor industri perkhidmatan juga tetap positif tentang masa depan perniagaannya. 

15 peratus daripadanya menjangka keadaan perniagaan yang lebih baik dalam enam bulan kedua tahun ini.

Sektor penginapan serta makanan dan minuman merupakan yang paling optimistik sejajar dengan ketibaan lebih ramai pelancong.

Sumber : CNA/IA/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan