Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Sektor pengilangan berhati-hati tentang prospek perniagaan, syarikat perkhidmatan tetap positif: tinjauan EDB

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Syarikat-syarikat pengilangan lebih berhati-hati mengenai masa depan perniagaan untuk tempoh beberapa bulan akan datang.

Tinjauan sentimen perniagaan terkini oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) menunjukkan hanya 15 peratus daripada syarikat-syarikat itu berasa optimistik manakala 13 peratus meramalkan keadaan bakal merudum.

EDB menyatakan konflik Rusia-Ukraine sekarang menambah tekanan kepada rantaian bekalan.

Kelompok kejuruteraan pengangkutan merupakan sektor yang berasa paling optimistik.

Lebih 30 peratus syarikat dalam kelompok itu meramalkan keadaan yang lebih baik.

Mereka menjangkakan lebih banyak permintaan bagi penyenggaraan dan kerja membaiki pesawat sejajar dengan meningkatnya perjalanan menerusi udara.

Sektor elektronik juga meramalkan perniagaan yang lebih baik dengan permintaan kukuh bagi peralatan semikonduktor.

Sekitar 25 peratus daripada syarikat-syarikat pengilangan menjangkakan kenaikan pengeluaran dalam suku kedua.

Sementara itu, penyedia perkhidmatan kekal positif tentang masa depan perniagaan mereka.

Kesemua segmen industri perkhidmatan menjangka keadaan perniagaan yang lebih baik, kecuali jualan runcit.

Syarikat-syarikat pengangkutan udara merupakan yang paling optimistik kerana sekatan perjalanan telah dilonggarkan.

Menurut seorang pengamat, sektor perkhidmatan lebih optimistik berbanding sektor pengilangan kerana ia tidak terjejas dengan banyak halangan.

Sumber : Agensi berita/IA/kf

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan