Sektor pelancongan SG kukuh pada 2024; perbelanjaan pelancong dijangka catat paras tertinggi baharu
Anggaran Waktu Membaca:

Orang ramai mengambil gambar di hadapan Patung Merlion di Singapura pada 24 Apr 2023. (Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)
SINGAPURA: Sektor pelancongan Singapura mencatatkan hasil pendapatan yang mencecah paras rekod pada 2024, sekali gus mencipta rekod baharu dari segi perbelanjaan dalam sektor tersebut.
Dalam kenyataan medianya pada Selasa (4 Feb), Lembaga Pelancongan Singapura (STB) menyatakan bahawa pendapatan sektor tersebut mungkin "menjangkaui ramalan STB bagi 2024".
Ramalan STB bagi 2024 adalah antara S$27.5 bilion dengan S$29.0 bilion.
Pendapatan pelancongan mencecah S$22.4 bilion antara Januari dan September 2024 - peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Pendapatan pelancongan berkemungkinan mengatasi paras rekod S$27.7 bilion yang dicatatkan pada 2019, dedah STB.
Angka tahun penuh bagi 2024 akan diumumkan pada suku kedua 2025.
PERBELANJAAN PELANCONGAN
Perbelanjaan dalam semua kategori juga menunjukkan pertumbuhan pada 2024 berbanding setahun sebelumnya, dipacu oleh pesiaran, hiburan & permainan pada 25 peratus, diikuti dengan penginapan sebanyak 17 peratus.
Kategori makanan & minuman (F&B) dan beli-belah masing-masing menyaksikan peningkatan 6 peratus dan 5 peratus, dengan kategori-kategori lain seperti tambang penerbangan dan perbelanjaan perniagaan turut menyumbang kepada pendapatan pelancongan, menurut STB.
Ketibaan para pelawat dari China, Indonesia dan Australia muncul sebagai pasaran-pasaran utama yang menjana pendapatan pelancongan, masing-masing menyumbang S$3.58 bilion, S$2.13 bilion dan S$1.44 bilion. Angka tersebut tidak termasuk kategori pesiaran, hiburan & permainan.
Ketibaan para pelawat dari China dan Jepun juga menunjukkan pertumbuhan kukuh dari tahun ke tahun kepada pendapatan pelancongan, kata STB.
KETIBAAN PELAWAT
Ketibaan para pelawat antarabangsa ke Singapura meningkat sebanyak 21 peratus kepada 16.5 juta.
Menurut STB, pasaran utama ketibaan pelawat ialah China, Indonesia dan India.
"Pasaran lain yang mempamerkan pertumbuhan yang sihat dari tahun ke tahun termasuk Jepun, Taiwan, Britain dan Amerika Syarikat, yang menggambarkan pasaran jarak dekat, pertengahan dan jarak jauh," kata STB.
STB mengaitkan pengecualian visa selama 30 hari dengan China, dan pertumbuhan kukuh Singapura dalam ketersambungan udara sebagai faktor penyumbang.
Faktor utama lain yang menyumbang kepada pertumbuhan keseluruhan pada jumlah ketibaan pelawat termasuk kalendar acara gaya hidup dan konsert sepanjang tahun Singapura, yang telah meningkatkan "pesona Singapura sebagai destinasi pelancongan utama".
"Tarikan mesra keluarga seperti Taman Di Pesisiran, Sentosa, dan Mandai Wildlife Reserve, termasuk Bird Paradise, bersama-sama dengan acara riadah utama seperti Perlumbaan Formula 1 Grand Prix Singapore Airlines 2024 dan Minggu Seni Singapura, juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan jumlah ketibaan dan perbelanjaan pelawat pelbagai sektor pelancongan dan industri-industri berkaitan," dedah STB.
Konsert Coldplay, Ed Sheeran dan Taylor Swift "menjana manfaat ekonomi yang besar dan meningkatkan jenama global Singapura, dengan kesan limpahan kepada industri pelancongan seperti runcit, restoran dan hotel".
STB menambah bahawa 2024 adalah "tahun yang luar biasa" untuk hiburan bertaraf dunia dan ia akan terus memberi tumpuan untuk menarik pelbagai acara pelbagai gaya hidup dan sukan.
Ketua Eksekutif STB Melissa Ow menambah bahawa prestasi kukuh negara dalam sektor pelancongannya adalah "pengesahan usaha industri dalam menyegarkan produk dan pengalaman Singapura, serta memulakan kerjasama baharu pada tahun lalu".
"Secara kolektif, usaha ini meningkatkan daya tarikan destinasi Singapura dan mengukuhkan keupayaan dan daya saing sektor itu," kata Cik Ow.
RAMALAN BAGI 2025
Ketibaan pelawat antarabangsa pada 2025 dijangka mencecah antara 17 juta dan 18.5 juta, menjana sekitar S$29 bilion hingga S$30.5 bilion dalam pendapatan pelancongan, kata STB.
Cik Ow menambah: "Bersama-sama rakan industri kami, STB komited untuk mengekalkan pertumbuhan pelancongan kami, dengan meningkatkan pasaran Singapura, mengekalkan portfolio pasaran yang pelbagai dan mengukuhkan kerancakan destinasi."
Pada 2025, landskap pelancongan Singapura akan terus mengalu-alukan perkembangan baharu, termasuk memperkenalkan daya tarikan dan pengalaman baharu, dan pelbagai acara riadah dan MICE (Mesyuarat, Insentif, Konvensyen & Pameran) yang mantap, menurut STB.

Sumber : CNA/SK/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.