Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Sektor ekonomi kembali rancak susuli pembukaan semula VTL M'sia-S'pura

Anggaran Waktu Membaca:
 Sektor ekonomi kembali rancak susuli pembukaan semula VTL M'sia-S'pura

Penumpang dari S'pura tiba di KLIA (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 22 Jan 2022 06:42PM Dikemas Kini : 22 Jan 2022 11:44PM

JELI: Pembukaan semula penjualan tiket bas dan penerbangan bagi inisiatif Laluan Penumpang Sudah Divaksin (VTL) antara Malaysia dengan Singapura akan merancakkan kembali sektor ekonomi negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed berkata pembukaan semula pintu sempadan antarabangsa itu memberikan kelegaan kepada sektor ekonomi terutamanya keputusan itu dibuat menjelang sambutan Tahun Baru Cina.

"Kita mengalukan keputusan membuka semula VTL Malaysia dan Singapura yang dihentikan sebulan lalu. Dengan pembukaan ini bukan saja ia dapat kembali meningkatkan sektor ekonomi negara, malah memberi kelegaan kepada masyarakat Cina yang mempunyai hubungan kekeluargaan di kedua-dua negara.

"Kita lihat sekarang peniaga Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) boleh bernafas semula apabila kita beransur-ansur membuka pintu sempadan negara selepas melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh sebelum ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Yayasan Pelajaran Mara (YPM) di Pejabat Pusat Khidmat Dato' Pa Bukit Bunga, hari ini (22 Jan).

Sebelum ini media melaporkan penjualan tiket bas dan penerbangan bagi inisiatif  VTL antara Malaysia dan Singapura yang digantung sementara sejak 23 Disember lalu, dibuka semula berkuat kuasa semalam (21 Jan).

Menteri Kesihatan Malaysia Khairy Jamaluddin berkata kuota tiket bas dan penerbangan yang dijual dikurangkan 50 peratus daripada kapasiti sedia ada.

Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan