Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Scoot akan pindah operasi ke Terminal 1 Lapangan Terbang Changi

Syarikat penerbangan kos rendah Scoot akan memindahkan operasinya dari Terminal 2 ke Terminal 1 Lapangan Terbang Changi pada bulan depan. Demikian menurut Scoot hari ini (15 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Scoot akan pindah operasi ke Terminal 1 Lapangan Terbang Changi

(Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 15 Nov 2018 04:39PM Dikemas Kini : 15 Nov 2018 04:41PM

SINGAPURA: Syarikat penerbangan kos rendah Scoot akan memindahkan operasinya dari Terminal 2 ke Terminal 1 Lapangan Terbang Changi pada bulan depan. Demikian menurut Scoot hari ini (15 Nov).

Pemindahan yang akan dilakukan pada suku terakhir 2019 itu bertujuan melicinkan rancangan pertumbuhan Scoot serta usahanya untuk meningkatkan pengalaman pelanggan, menurut syarikat penerbangan itu menerusi kenyataan media yang dikeluarkan secara bersama dengan Changi Airport Group (CAG).

"Scoot meramalkan pertumbuhan tahunan dua angka bagi tempoh tiga tahun akan datang. Pada masa yang sama, berdasarkan tinjauan maklum balas pelanggan pasca penerbangan yang dijalankan baru-baru ini, syarikat penerbangan itu ingin meningkatkan proses mendaftar masuk dan menaiki pesawat," menurutnya.

"Bagi menyokong pertumbuhan masa depan syarikat-syarikat penerbangan dengan lebih baik, Lapangan Terbang Changi sudah menjalankan kerja-kerja naik taraf bagi meningkatkan keupayaan pengendalian penumpang di T1, dengan projek itu dijangka selesai dijalankan pada 2019."

Kerja-kerja naik taraf di dewan pelepasan T1 baru sahaja selesai dijalankan, dengan sebuah kawasan lebih luas yang dilengkapi dengan mesin-mesin layan diri bagi khidmat mendaftar masuk penumpang dan bagasi secara automatik.

Dewan tuntutan bagasi juga sedang menjalani kerja-kerja naik taraf bagi menampung lebih banyak penerbangan, menurut kenyataan media itu.

Pengarah Urusan CAG bagi pengurusan operasi lapangan terbang, Jayson Goh, berkata pihaknya secara tetap menyemak peruntukan syarikat penerbangan di semua terminal bagi menyediakan keupayaan terminal yang mencukupi bagi pertumbuhan trafik pada masa hadapan. 

"CAG akan bekerjasama dengan Scoot untuk memastikan agar pemindahannya ke T1 berjalan lancar bagi semua penumpangnya."  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan