SBS Transit lantik Yang Ban Seng sebagai CEO, ganti Gan Juay Kiat
SBS Transit melantik Yang Ban Seng sebagai ketua pegawai eksekutif dan timbalan pengerusi eksekutifnya yang baru, selepas mantan CEO syarikat pengangkutan itu meletak jawatan atas 'kelemahan pada tingkah lakunya'.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Timbalan Pengerusi Eksekutif baru SBS Transit, Yang Ban Seng. (Gambar: ComfortDelGro)
SINGAPURA: SBS Transit melantik Yang Ban Seng sebagai ketua pegawai eksekutif dan timbalan pengerusi eksekutifnya yang baru, selepas mantan CEO syarikat pengangkutan itu meletak jawatan atas 'kelemahan pada tingkah lakunya'.
Dalam kenyataan kepada Bursa Saham Singapura pada Isnin (14 Jan), SBS Transit menyatakan pelantikan Encik Yang, yang sebelum ini berkhidmat sebagai timbalan pengerusi syarikat berkenaan, berkuat kuasa hari ini (15 Jan).
Encik Yang menggantikan Encik Gan Juay Kiat, yang meletak jawatan pada 28 Disember lalu.
Encik Yang, 62 tahun, juga memegang jawatan sebagai pengarah urusan dan CEO kumpulan ComfortDelGro, iaitu syarikat induk SBS Transit.
Lembaga SBS Transit meluluskan pelantikan Encik Yang selepas "menimbangkan pengalaman dan pengetahuan beliau mengenai operasi perniagaan SBS Transit," menurut syarikat itu dalam pengumumannya.
Encik Yang berkhidmat sebagai timbalan pengerusi SBS Transit sejak 1 Mei 2017.
Beliau menyertai ComfortDelGro pada 1989 dan pernah menyelia operasi teksi syarikat tersebut.
Sebelum ini, Encik Yang berkhidmat di Kementerian Pendidikan, Kementerian Ehwal Dalam Negeri dan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.