Saudia berwajah baharu; raikan identiti budaya Saudi
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Saudia
JEDDAH: Syarikat penerbangan Arab Saudi, Saudi Arabian Airlines (Saudia) mendedahkan identiti jenama baharunya baru-baru ini.
Identiti baharu syarikat penerbangan tersebut sejajar dengan pelan transformasi digital strategik yang lebih meluas, bertujuan untuk mengukuhkan sokongan syarikat itu terhadap Wawasan 2030 unutk membawa dunia ke Arab Saudi.
Demikian menurut syarikat penerbangan tersebut, dalam satu kenyataan media pada 30 Sep.

Penjenamaan semula itu menandakan permulaan era baharu bagi Saudia, dalam memperkenalkan konsep inovatif dari segi perkhidmatan pelanggan dengan fokus utama pada aspek digital dan meningkatkan pengalaman penumpang dalam meraikan budaya Saudi.
GALAK PENGHARGAAN TERHADAP BUDAYA TEMPATAN
Penumpang Saudia kini boleh menjangkakan pengalaman menelusuri budaya serta ciri-ciri yang dikenali di Arab Saudi sepanjang penerbangan mereka. Ini termasuk wangi-wangian tersendiri serta sajian makanan yang diilhamkan daripada hidangan tempatan, hasil sentuhan bakat dari Arab Saudi.
Identiti baharu itu bertujuan mencerminkan kemesraan dan keramahan Arab Saudi dalam mengalu-alukan pelawat. Di samping itu, ia diharapkan mampu menggalakkan penghargaan terhadap negara itu yang terkenal dengan budaya yang kaya, bukan sahaja dalam kalangan pelawat bahkan warga tempatan.
Sempena penjenamaan itu juga, anak kapal dan kakitangan syarikat penerbangan juga tampil dengan seragam baharu dengan warna baharu hijau, biru dan warna pasir.
TERAJUI USAHA DAKAP TEKNOLOGI KECERDASAN BUATAN
Saudia turut melakukan transformasi digital yang ketara bagi meningkatkan pengalaman digital penumpang sepenuhnya.
Menggunakan Kecerdasan Buatan (AI) dinamakan "SAUDIA", pembantu maya tersebut merupakan antara yang pertama seumpamanya diperkenalkan dalam industri penerbangan di rantau ini.
Transformasi digital yang bercita-cita tinggi dan sudah lama dirancang itu, bakal memperbaiki pengalaman pelanggan, lebih-lebih lagi, dalam memastikan operasi dan proses yang lebih rapi, di samping menjamin tahap perlindungan tertinggi bagi data peribadi penumpang, melalui perkongsian kukuh dengan syarikat terkemuka global.

Mengulas penjenamaan syarikat penerbangan itu, Ketua Pengarah Kumpulan Saudia, Ibrahim Al-Omar, berkata: "Saudia bukan sahaja melancarkan program digital bersepadu sepenuhnya dan merombak penampilannya, ia juga secara berkesan membantu memajukan Wawasan 2030 Arab Saudi, bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan industri untuk mencapai sasaran Strategi Penerbangan Nasional" yang menyasarkan untuk membawa kira-kira 330 juta pelawat ke negara itu menjelang 2030.
Sumber : BERITA Mediacorp/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.