Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

SATS labur S$25 juta tingkatkan lagi hasil pengeluaran makanan dalam penerbangan

Syarikat penyedia makanan dalam pesawat SATS meningkatkan lagi keseluruhan hasil pengeluaran makanannya sebanyak 14 peratus dengan pembukaan kemudahan dapur baru bernilai S$25 juta.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Mar 2019 08:38PM Dikemas Kini : 11 Mar 2019 09:33PM

SINGAPURA: Syarikat penyedia makanan dalam pesawat SATS meningkatkan lagi keseluruhan hasil pengeluaran makanannya sebanyak 14 peratus dengan pembukaan kemudahan dapur baru bernilai S$25 juta.

25 peratus daripada kegiatan perniagaan SATS sekarang ini adalah menerusi khidmat penyajian makanan untuk bukan khidmat penerbangan.

SATS kini menyasarkan untuk menambah lagi pengeluarannya berdasarkan permintaan yang meningkat.

Dapur baru SATS itu dilengkapi dengan teknologi baru yang dapat menghasilkan sajian makanan yang lebih enak, berkhasiat dan lebih dimampui.

Bercakap di pelancarannya, Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Chan Chung Sing berkata syarikat-syarikat seperti SATS membolehkan industri makanan Singapura mencipta nama di rantau ini.

Dengan kemudahan baru itu, SATS kini boleh menyajikan 120,000 makanan setiap hari.

Khidmatnya terdapat di 35 lokasi di Asia, dengan sajian 170 juta makanan setiap tahun. 

Sumber : CNA/UR/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan