Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Sambutan terhadap Jualan Raksasa S'pura memberangsangkan; jalin kerjasama dengan Lazada

Musim Jualan Raksasa Singapura (GSS) bermula hari ini (6 Jun). Meskipun sekatan lebih ketat dikenakan di pusat-pusat beli-belah, sambutannya tetap menggalakkan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 Jun 2021 07:57PM Dikemas Kini : 06 Jun 2021 09:43PM

SINGAPURA: Musim Jualan Raksasa Singapura (GSS) bermula hari ini (6 Jun).

Meskipun sekatan lebih ketat dikenakan di pusat-pusat beli-belah, sambutannya tetap menggalakkan.

Ini juga merupakan kali pertama dalam masa 27 tahun, GSS bergabung bersama sebuah platform e-dagang.

Kawasan Orchard Road yang sering dikunjungi ramai semasa musim GSS, agak lengang hari ini.

Pelaksanaan langkah-langkah pengurusan selamat yang lebih ketat, membataskan jumlah pembeli di kedai-kedai itu.

Keadaan tersebut menyebabkan lebih banyak peruncit beralih ke wadah online.

Platform e-dagang, Lazada yang juga rakan kongsi rasmi GSS tahun ini melihat 15 peratus lebih banyak peniaga menyertai jualan murah ini berbanding jualan-jualan besar lain.

Penganjur GSS iaitu Persatuan Peruncit Singapura (SRA) pula berharap lebih ramai penjual akan memanfaatkan wadah e-dagang yang tersedia.

Menurut seorang pakar, gabungan bersama platform e-dagang mungkin dapat membantu meningkatkan jualan sehingga 20 peratus berbanding tahun lepas.

Musim GSS berlangsung selama sebulan sehingga 7 Julai. 

Sumber : CNA/MU/tq

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa