Saham Wall Street melonjak, harga minyak jatuh lebih 8% susuli kemenangan besar Parti Democrat
Saham Wall Street melonjak pada Rabu (4 Nov), manakala harga minyak jatuh lebih 8 peratus selepas kemenangan besar Parti Democrat dalam pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat.
Calon Parti Democrat, Abdul El-Sayed, yang dilaporkan memenangi kerusi Senat Michigan dalam pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat. (Gambar: Jeff Kowalsky)
- On Wednesday, Nov 4, the Democratic Party’s victory in the United States midterm elections gave it control of both chambers of Congress.
- That power allows Democrats to block bills, investigate the Donald Trump administration, and influence the Budget and funding for the war in Iran.
- Hopes that the war would end sooner and market uncertainty would ease followed the victory; Brent crude fell 8.7 per cent and WTI dropped 8.3 per cent.
- The Dow Jones surged 3 per cent, while the S&P 500 and Nasdaq also rose. Defence stock Lockheed Martin fell, while European and most Asian markets strengthened, with the exception of Tokyo.
- Pada Rabu, 4 November, kemenangan Parti Democrat dalam pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat memberikannya kawalan terhadap kedua-dua dewan Kongres.
- Kuasa itu membolehkan Democrat menyekat rang undang-undang, menyiasat pentadbiran Donald Trump serta mempengaruhi belanjawan dan pembiayaan perang Iran.
- Harapan perang berakhir lebih awal dan ketidaktentuan pasaran berkurang menyusuli kemenangan itu; minyak Brent jatuh 8.7 peratus dan WTI susut 8.3 peratus.
- Dow Jones melonjak 3 peratus, manakala S&P 500 dan Nasdaq turut meningkat; saham pertahanan Lockheed Martin merosot, sementara pasaran Eropah dan kebanyakan Asia mengukuh kecuali Tokyo.
NEW YORK: Saham Wall Street melonjak pada Rabu (4 Nov), manakala harga minyak jatuh lebih 8 peratus selepas kemenangan besar Parti Democrat dalam pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat.
Kemenangan itu memberikan Parti Democrat penguasaan kedua-dua dewan Kongres, sekali gus membolehkan parti tersebut menyekat rang undang-undang, menjalankan siasatan terhadap pentadbiran Presiden Donald Trump serta mempengaruhi peruntukan belanjawan, termasuk bagi pertahanan.
Penganalisis berkata keputusan pilihan raya itu mengurangkan ketidaktentuan pasaran, selain mencetuskan harapan bahawa perang Amerika dengan Iran mungkin dapat ditamatkan lebih awal.
Harga minyak mentah Brent menjunam 8.7 peratus kepada AS$94.62 (S$120.91)setong, manakala minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) susut 8.3 peratus kepada AS$88.12 (S$112.60) setong.
Penurunan itu berlaku selepas Naib Presiden JD Vance mengaitkan kekalahan Parti Republican dengan perang Iran, yang menyebabkan harga bahan api dan barangan keperluan meningkat.
Penganalisis Lipow Oil Associates, Andy Lipow, berkata kemenangan Parti Democrat mungkin mendorong Encik Trump mempertimbangkan perjanjian bagi menamatkan perang.
Beliau turut berpandangan bahawa penguasaan Parti Democrat di Kongres boleh membolehkan parti itu mengehadkan pembiayaan perang tersebut.
WALL STREET CATAT KENAIKAN KUKUH
Indeks Dow Jones melonjak 3 peratus atau lebih 1,500 mata kepada 53,356.12 mata.
S&P 500 meningkat 1.6%, manakala Nasdaq Composite naik 1.4 peratus.
Saham Microsoft dan Amazon turut mencatat kenaikan, namun saham pengeluar cip seperti Nvidia mengalami tekanan susuli kebimbangan terhadap pembangunan pusat data AI.
Saham syarikat pertahanan Lockheed Martin merosot 6.9 peratus, manakala syarikat tenaga boleh diperbaharui First Solar meningkat 4.6 peratus.
Pasaran saham utama Eropah turut mencatat kenaikan sekitar 2 peratus, sementara kebanyakan pasaran Asia mengukuh, kecuali Tokyo yang ditutup rendah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.