Saham stabil di Asia susuli surat tarif Amerika; dolar lebih kukuh
Seorang lelaki melihat papan pemantauan saham di sebuah firma broker di Tokyo, Jepun pada 7 April 2025. (Gambar fail: Reuters/Androniki Christodoulou)
TOKYO: Pasaran saham di Asia memandang positif perkembangan terbaharu dalam pelaksanaan tarif Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Selasa (8 Jul), sementara dolar terus mengukuh..
Saham di Wall Street jatuh selepas Presiden Trump menghantar surat kepada 14 negara, termasuk Japan dan Korea Selatan, yhang memaklumkan kenaikan mendadak tarif ke atas import ke Amerika, sambil menangguhkan pelaksanaannya hingga 1 Ogos.
Indeks saham Nikkei Japan dibuka lebih rendah, namun kemudian bertukar positif selepas Presiden Trump menggambarkan tarikh akhir itu sebagai "tetap, tetapi tidak 100 peratus tetap" dan berkata tarif mungkin diselaraskan untuk beberapa negara.
Dolar Australia menjadi lebih kukuh menjelang keputusan Bank Rizab Australia yang akan diumumkan pada lewat Selasa.
Pada April, Presiden Trump menghadkan semua tarif balasan dengan rakan dagangan pada 10 peratus sehingga 9 Julai bagi menggalak rundingan.
Hanya dua perjanjian, iaitu dengan Britain dan Vietnam, kini berjaya dicapai.
Pada Jun, Washington dan Beijing bersetuju dengan rangka kerja yang meliputi kadar tarif, memulihkan gencatan senjata yang rapuh dalam perang dagang mereka.
Tarif ke atas Jepun dan Korea Selatan kini dijangka meningkat kepada 25 peratus pada 1 Ogos.
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba menyifatkan kenaikan itu sebagai sesuatu yang "amat dikesali" dan berkata negaranya akan meneruskan rundingan dengan Amerika.
Kesatuan Eropah (EU) tidak akan menerima surat yang menetapkan tarif lebih tinggi, menurut sumber EU yang mengetahui perkara itu kepada Reuters pada Isnin.
EU masih berhasrat untuk mencapai perjanjian perdagangan menjelang Rabu selepas Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen dan Presiden Trump "berbincang dengan baik," kata jurucakap suruhanjaya.
Indeks terluas MSCI bagi saham Asia Pasifik di luar Jepun meningkat 0.2 peratus dalam dagangan awal.
Indeks saham Nikkei Jepun meningkat 0.4 peratus manakala Kospi Korea Selatan melonjak 1.5 peratus.
Dolar meningkat 0.2 peratus kepada ¥146.36 (S$1.28), mencecah paras tertinggi untuk dua minggu.
Euro kekal tidak berubah pada US$1.1741 (S$1.50). Aussie meningkat 0.4 peratus kepada US$0.6516 (S$0.83) sebelum mesyuarat oleh bank pusat akan memberikan pemotongan 25 mata asas.
Minyak mentah Amerika turun 0.5 peratus kepada US$67.59 (S$86.36) setong selepas melonjak hampir 2 peratus pada Isnin.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.