Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Saham ST Engineering catat pertumbuhan paling tinggi sejak Oktober lalu

Nilai saham Singapore Technologies Engineering (ST Engineering) mencatat peningkatan paling tinggi sejak 31 Oktober tahun lalu sebanyak 2.9 peratus pada harga S$3.88.

Anggaran Waktu Membaca:
Saham ST Engineering catat pertumbuhan paling tinggi sejak Oktober lalu

ST Engineering (Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 24 Apr 2019 10:57PM Dikemas Kini : 24 Apr 2019 10:58PM

SINGAPURA: Nilai saham Singapore Technologies Engineering (ST Engineering) mencatat peningkatan paling tinggi sejak 31 Oktober tahun lalu sebanyak 2.9 peratus pada harga S$3.88.

Pada 31 Oktober tahun lalu, ia meningkat sebanyak 4.4 peratus.

Ini selepas perniagaan pembinaan kapal ST Engineering di Amerika Syarikat, VT Halter Marine memenangi kontrak dari Tentera Laut Amerika untuk membina sebuah kapal pemecah ais bagi kegunaan Polis Pengawal Pantai Amerika.

Kontrak bernilai S$1 bilion itu boleh mencecah sehingga S$2.6 bilion jika Tentera Laut Amerika memilih untuk menambah dua lagi kapal.

Kapal pertama dijangka siap pada 2024 sementara tambahan dua lagi kapal pada 2025 dan 2027. 

Sumber : CNA/NF/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan